Saturday, July 27, 2024
HomeBERITADapat kebenaran polis bergerak ketika PKP, Ustaz Ebit Lew teruskan aktiviti amal

Dapat kebenaran polis bergerak ketika PKP, Ustaz Ebit Lew teruskan aktiviti amal

Setelah dipanggil memberi keterangan di balai polis Bukit Aman dan beberapa hari mendiamkan diri, penceramah agama yang disenangi ramai, Ustaz Ebit Lew kini kembali berkongsi aktiviti amal beliau.

Aktiviti amal diteruskan setelah mendapat kebenaran dari pihak berkuasa untuk terus bergerak ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dijalankan.

Memetik perkongsian dari laman Facebook rasmi Ebit Lew, beliau mendapat berita kesusahan sebuah keluarga di Baling Kedah yang didiami sepasang suami isteri dan empat orang anak yang masih kecil begitu menyentuh hati beliau.

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=3137633762933514&id=465806410116276

“Menangis lagi di Baling Kedah. Dah dua hari tak tidur bila dapat berita tentang satu keluarga dan beberapa orang anak kecil dah setahun tinggal di bangsal atau khemah setahun dah,” kongsi beliau.

Menurutnya, setelah bersahur beliau terus bergegas ke Baling, Kedah.

“Banyak nyamuk. Tak lepas kereta saya masuk dalam. Kena jalan kaki. Menangis tengok adik-adik ini. Ya Allah maafkanlah saya. Ampunkan dosa diri saya,”ujar beliau.

Tambahnya lagi, sebelum kehadirannya disana, ahli keluarga berkenaan memaklumkan bahawa ketua masyarakat telah hadir dan berjanji akan memberi tempat tinggal buat ahli keluarga berkenaan.

Namun rumah berkenaan akan dibina setelah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berakhir.

Ustaz Ebit Lew turut berterima kasih kepada ketua masyarakat dan masyarakat setempat yang banyak membantu mereka malahan kesemua badan kebajikan turut menghantar makanan dan menyediakan pendidikan di sekolah secara percuma.

Menurut beliau lagi, buat sementara waktu, beliau akan mencari rumah sewa yang boleh didiami oleh mereka dan membiayai bayaran sewa sehingga keluarga berkenaan berpindah ke kediaman baharu yang dibina oleh pihak kerajaan.

Semoga budi dan jasa baik Ustaz Ebit Lew mendapat rahmat dariNya dan kepada individu yang mengkritik serta mempersendakan aktiviti amal Ustaz Ebit Lew, bersihkanlah hati anda ya!

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments