Saturday, June 22, 2024
HomeBERITATahniah Rico Rinaldi dan warga Malaysia! Sumbangan bermula RM1.50, lebih 2,000 golongan...

Tahniah Rico Rinaldi dan warga Malaysia! Sumbangan bermula RM1.50, lebih 2,000 golongan sasar menerima bantuan

Kewujudan dan serangan jangkitan virus COVID-19 menggemparkan seluruh dunia.

Dilaporkan, sehingga petang kelmarin, kira-kira 2,717,005 kes positif COVID-19 direkodkan dan seramai 190,986 dari jumlah kumulatif terkorban di seluruh dunia.

Selain dari usaha merawat dan mengubati mangsa, hampir semua negara mengambil pendekatan melaksanakan perintah berkurung,pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) malah ada yang telah mengisytihar darurat dalam usaha mencegah seterusnya memutuskan rantaian wabak pandemik ini.

Rentetan itu, hampir semua operasi perniagaan, syarikat dan kedai tidak dibenarkan beroperasi sepanjang tempoh PKP ini.

Kesannya, ekonomi tidak aktif dan sudah tentu rakyat terkesan akan impaknya.

Ada yang hilang mata pencarian dan punca pendapatan malah usaha mencari rezeki untuk keluarga dan diri menemui jalan buntu.

Prihatin akan nasib rakyat, kerajaan Malaysia telah memberi bantuan berbentuk kewangan dan arahan penangguhan bayaran pinjaman syarikat kewangan sehingga enam bulan.

Terima kasih buat kepimpinan negara.🙏🏻

Bukan sahaja kerajaan, kini terdapat beberapa pihak yang sama prihatin sama ada syarikat mahupun individu, turut serta membantu menyumbang keperluan kepada mereka yang memerlukan.

Menerusi laman media sosial Instagram @thecorinaldi, pereka fesyen terkenal ini berkongsi aktiviti sukarelanya menghulurkan sumbangan kepada golongan sasar sejak bermulanya PKP dilaksanakan.

Menurutnya, setakat hari ini lebih 2,000 keluarga asnaf, anak-anak yatim, ibu tunggal, warga emas, OKU, penghuni beberapa rumah kebajikan, penjaja dan peniaga kecil telah menerima bantuan berupa barangan keperluan asas hasil sumbangan orang ramai.

Rico turut berkongsi bagaimana cara untuk sama-sama menyumbang dalam usaha membantu golongan sasar ini.

Paling menarik, sumbangan anda bermula serendah RM1.50 sahaja!

Semoga usaha murni pereka fesyen tempatan ini mendapat keredhaanNya.

Hutang emas boleh dibayar, hutang budi dibawa mati.

Tahniah Rico Rinaldi dan warga Malaysia!

#staySafe
#stayHealthy
#kitaTolongKita

View this post on Instagram

Ini semua duit anda. Rico hanya beli bekalan, bungkus dan agihkan 🙏🏻 Tiada niat apa-apa, cuma sebab ini juga amanah anda pada Rico. Dari hari pertama PKP, KITA (anda yang menyumbang) telah bantu lebih 2000 keluarga (asnaf/ yatim/ ibu tunggal/ penjaja kecil/ warga emas/ OKU/ peniaga kecil/ rumah kebajikan dan lain2). Hari ini di Kuala Selangor , Jeram dan PPR Sri Petaling. Kita sudah bantu hampir seluruh Selangor dan Kuala Lumpur. Teruskan sumbangan anda. HANYA SERENDAH RM1.50 sahaja. Caranya mudah: 1) Layari www.ricorinaldi.com 2) Pilih untuk: Membeli face mask atau membeli face mask + menderma atau menderma sahaja. 3) Derma dengan pelbagai ONLINE BANKING tersedia. 100% jualan + sumbangan digunakan untuk membeli bekalan asas (beras, telur, minyak, sardin, meggie, tepung, gula, garam, kicap, bawang, kentang, kurma dan lain2) Harap maklum ini adalah kebajikan berskala besar dan berpanjangan (dari hari pertama PKP) jadi medium ini rico gunakan untuk memberi peluang kepada anda untuk membantu. Hanya Allah dapat membalas rezeki anda. Ingat sifir manusia 1-1=0, sifir Allah 1-1=1000 terutama bulan puasa. Teruskan menyumbang / membeli face mask di www.ricorinaldi.com Jazakallah #ricorinaldi

A post shared by RICO RINALDI (@thericorinaldi) on

– THE MALAYA POST

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments