Saturday, June 22, 2024
HomeBERITAJumlah tangkapan kumulatif ingkar PKP seramai 20,011 individu

Jumlah tangkapan kumulatif ingkar PKP seramai 20,011 individu

Memetik laporan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bersama Angkatan Tentera Malaysia (ATM), kedua-dua jabatan ini telah melaksanakan kira-kira 824 sekatan jalan raya di seluruh negara sehingga kelmarin (25 April).

Malah pemeriksaan juga telah dilakukan melibatkan sejumlah 446,024 buah kenderaan.

Sebanyak 37,128 pemeriksaan mengejut telah dilakukan di seluruh negara dan sejumlah 6,798 premis telah diperiksa oleh pihak berkuasa.

Pihak PDRM juga telah menahan seramai 577 individu berbanding dengan 386 pada hari sebelumnya (24 April) dan ianya menunjukkan penurunan jumlah tangkapan ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dijalankan.

Pihak berkuasa juga menegaskan mereka tidak akan berkompromi dan bertolak ansur dengan individu-individu ini serta tindakan tegas akan terus diambil.

Daripada jumlah 577 individu yang ditahan, 505 individu telah direman dan 72 individu diberikan jaminan polis.

Dengan ini, jumlah tangkapan kumulatif ingkar PKP sehingga 24 April lalu adalah seramai 20,011 individu.

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments