Thursday, November 19, 2026
HomeDUNIACOVID-19 : Tiada sekatan pergerakan di Thailand walaupun kes meningkat

COVID-19 : Tiada sekatan pergerakan di Thailand walaupun kes meningkat

Meskipun jumlah kes baharu COVID-19 sekali lagi mencatat rekod tertinggi semalam, Thailand tidak akan mengenakan sekatan pergerakan atau perintah berkurung kepada rakyatnya.

Statistik terkini, Thailand mencatat 1,582 kes baharu menjadikan jumlah kes keseluruhan sebanyak 39,038 dengan jumlah kematian kekal 97.

Bagi mengelak kes terus merebak institusi pendidikan dan pusat hiburan akan ditutup selain melarang penjualan alkohol di restoran sekurang-kurangnya dua minggu bermula Ahad.

Selain itu, sebarang aktiviti melebihi 50 orang adalah dilarang.

Lapor Bernama, Perdana Menteri, Prayuth Chan o-cha, yang mempengerusikan mesyuarat Pusat Pentadbiran Situasi COVID-19 (CCSA) hari ini meluluskan langkah pencegahan terbaharu.

Sementara itu, jurucakap CCSA, Thaweesilp Wissanuyothin, berkata kerajaan mengisytiharkan 18 wilayah termasuk Bangkok, Chiang Mai, Chonburi, Songkhla, Rayong dan Khon Kaen sebagai zon merah, manakala 59 wilayah lagi sebagai zon oren.

Di zon merah, semua pusat beli-belah dan pusat kecergasan wajib ditutup pada 9 malam dan kedai, pasar, pasar raya pula pada 11 ​​malam.

“Restoran di zon merah hanya boleh dibuka hingga 9 malam manakala untuk perkhidmatan bawa pulang hingga 11 malam.

Di 59 zon oren, restoran dibenar dibuka hingga 11 malam,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Thaweesilp menggesa orang ramai untuk mengehadkan pergerakan mereka dan bekerja dari rumah.

Kes penularan terkini itu adalah yang terbesar sejak Januari tahun lalu. Thailand dilanda gelombang kedua pada pertengahan Disember tahun lalu bermula di pasar makanan laut di Samut Sakhon.

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments