Tuesday, July 16, 2024
HomeBERITA7 makanan untuk rambut sihat, lebat dan bersinar

7 makanan untuk rambut sihat, lebat dan bersinar

Rambut mahkota seorang wanita.

Tidak kira apa sahaja gaya rambutmu, pendek atau panjang, lurus atau kerinting, perlulah dijaga agar sentiasa bersih dan sihat.

Pemilihan produk penjagaan rambut yang sesuai amatlah penting.

Kenali jenis rambut dan masalah kulit kepala anda, kemudian pilih produk yang tepat agar masalah dapat diatasi dan rambut akan cantik bersinar.

Pun begitu, penjagaan rambut tidak terhad dari luaran saja malah kita perlu mengamalkan pemakanan yang sihat dan seimbang.

Jom, kami kongsikan beberapa jenis kumpulan makanan yang bermanfaat bukan sahaja untuk rambut malah kesihatan badan keseluruhannya.

1. Sayur brokoli.

Sayur ini mengandungi biotin yang tinggi. Ia membantu melebatkan rambut anda.

2. Tomato.

Tomato mengandungi zat besi yang mampu untuk mengurangkan masalah keguguran rambut. Juga sangat baik diamalkan demi mendapat kulit yang bersih dan lembut.

3. Buah avocado.

Avocado dapat menguatkan folikul dan akar rambut. Juga menggalakkan pertumbuhan anak rambut baru. Enak dicampurkan bersama koko dan diminum sejuk!

4. Buah betik.

Buah kegemaran ramai ini mengandungi vitamin C yang dapat menguatkan akar rambut. Selain itu, ia juga bagus untuk sistem pencernaan.

5. Jagung.

Kaya dengan vitamin C, mineral dan antioksida. Kandungan vitamin K membantu penyerapan kalsium untuk mencegah rambut dari terus rosak dan kusam.

6. Kekacang – walnut, cashew nuts, almond dan pecans.

Kandungan vitamin B7 dapat membaikpulih kulit kepala yang kering dan membantu pertumbuhan sel rambut sihat.

7. Ubi – ubian.

Kandungan vitamin A baik untuk pertumbuhan sel rambut sihat.

Nah, mudah sahaja mendapatkan rambut sihat yang cantik bersinar!

Dengan hanya mengamalkan pemakanan yang sihat dan segar disamping memilih produk penjagaan rambut yang sesuai.

Jom sihat dan cantik!
🥦🌰🍅🥑

#StayAtHome
#staySafe
#stayHealthy
#BreaktheChain

– THE MALAYA POST

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments