COVID-19 : Pulih 108, 142 kes baharu dan 2 kematian direkodkan

0

Perkembangan terkini COVID-19 di Malaysia melaporkan 142 jumlah kes baharu positif pada hari ini (1 April).

Dengan itu, jumlah keseluruhan kes positif dalam negara adalah sebanyak 2,908 orang.

Jumlah pesakit telah pulih dan discaj adalah sebanyak 108.

Ini menjadikan jumlah pesakit yang telah sembuh dan discaj ialah 645 orang.

Manakala pesakit di ICU adalah seramai 102 orang dan 66 daripada jumlah tersebut memerlukan bantuan alat pernafasan.

Direkodkan dua kes kematian menjadikan kes keseluruhan setakat ini 45 orang.

Leave a Reply