Sunday, June 16, 2024
HomeBERITABerhati mulia, "Rider" penghantar makanan hulur sumbangan makanan kepada gelandangan

Berhati mulia, “Rider” penghantar makanan hulur sumbangan makanan kepada gelandangan

Hutang emas boleh dibayar,
Hutang budi dibawa mati…

Viral perkongsian video di laman media sosial Facebook, memperlihatkan anak – anak muda yang bertugas sebagai “rider” penghantar makanan memberi sumbangan makanan kepada gelandangan.

Menerusi rakaman terbabit, dilaporkan sekumpulan “food delivery rider” tampil menghulurkan bantuan kepada gelandangan sejak tiga hari yang lalu.

Mulia sungguh hati mereka.😔🙏🏻

Rata-rata netizen memberi pujian dan penghargaan atas usaha murni mereka ini.

“gelandangan kot”.

“rupanya aku dengar balik video tu betul betul.. hari ke 3 mereka beri makan kat gelandangan tu”.

” malu boss.. mereka gaji tak besar manapun tapi mampu buat macam tu”.

“tak perlu tunggu kaya pun nak bg orang makan”.

Itu antara bait-bait komen yang ditulis netizen.

Benar, banyak cara dan kaedah yang boleh kita bantu pada mereka yang memerlukan.

Tidak perlu menjadi orang kaya atau golongan T20 pun.

Hanya Tuhan yang Maha Esa dapat membalas jasa anda semua.

Tabik spring bro! 👏🏻👍🏻

gelandangan kot..rupanya aku dengar balik video tu betul betul.. hari ke 3 mereka beri makan kat gelandangan…

Dikirim oleh Aznan Malik pada Senin, 30 Maret 2020

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments