Sunday, May 19, 2024
HomeBERITAPesakit jangkitan COVID-19 seru masyarakat patuhi arahan PKP!

Pesakit jangkitan COVID-19 seru masyarakat patuhi arahan PKP!

Sangat mudah berjangkit!

Seorang mangsa dan pesakit positif COVID-19 yang sedang menerima rawatan di hospital berkongsi pengalaman dan menyatakan virus ini sangat mudah berjangkit!

Menurut laporan Buletin Utama, pesakit yang juga bekas kakitangan TV3, Norman Shah Arjuna menasihatkan seluruh masyarakat agar mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang sedang dijalankan.

“Ini demi memastikan kita semua terhindar dari jangkitan virus pandemik ini.

“Ikutlah perintah jika kita benar – benar menyayangi dan menghargai ahli keluarga, jiran dan orang sekeliling,” katanya.

Oleh kerana itu, Norman Shah turut menasihatkan orang ramai agar sentiasa menjaga diri dan kesihatan demi kebaikan semua.

Mensyukuri bantuan yang diterima, Norman Shah turut menzahirkan kesyukuran dan berterima kasih kepada kerajaan atas inisiatif dan bantuan yang akan diberi kepada rakyat menerusi bantuan sara hidup (BSH).

Dalam pada itu, Norman Shah menyeru muslimin dan muslimat agar perbanyakkan berdoa kepada yang Maha Esa.

Diharap perkongsian Norman Shah Arjuna dapat memberi kesedaran kepada segelintir masyarakat yang masih berdegil dengan polisi PKP.

Kami di The Malaya Post berdoa dan berharap agar kesemua pesakit COVID-19 yang sedang menerima rawatan akan kembali sembuh sepenuhnya.

Aaminn…🙏🏻

Dengarlah pesanan daripada pesakit Covid-19✅ Patuhi Perintah Kawalan Pergerakan✅ Sayangi ahli keluarga, jiran dan…

Dikirim oleh Public Health Malaysia TV pada Senin, 30 Maret 2020

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments