Friday, May 31, 2024
HomeBERITACOVID-19 : HTAR buat pembasmian secara menyeluruh, ubah peraturan baharu sementara waktu

COVID-19 : HTAR buat pembasmian secara menyeluruh, ubah peraturan baharu sementara waktu

Pengarah Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Datin Paduka Dr Hasni Hanapi memberi maklumbalas kenyataan akhbar dan laporan di media sosial berkenaan penularan kes wabak COVID-19 di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang.

Menurut beliau merujuk kepada penularan beberapa kenyataan di laman media sosial berkenaan kes wabak COVID-19 di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), pihak hospital telah mengenalpasti kontak tersebut malah langkah-langkah pencegahan telah diambil dengan menjalankan proses pembasmian secara menyeluruh di kawasan yang terlibat.

Antara inisiatif lain yang telah diambil oleh pihak hospital bagi menangani isu ini adalah dengan perubahan pada peraturan melawat pesakit buat sementara waktu.

Antara perubahan lain ialah :

1- Mengurangkan bilangan pelawat hadir ke wad.
2- Kanak-kanak berumur kurang daripada 12 tahun dilarang sama sekali untuk
melawat.
3- Memendekkan masa melawat kepada 1.00 sehingga 2.00 petang dan 5.00 petang sehingga 6.30 petang sahaja pada setiap hari bekerja, cuti umum dan hujung minggu.

Tambahnya, pihak HTAR ingin memaklumkan bahawa keadaan di hospital berada dalam keadaan terkawal dan orang ramai diminta untuk tidak menghebahkan sebarang berita tidak sahih yang boleh mencetuskan kebimbangan serta kekeliruan dalam kalangan masyarakat.

Sebarang kenyataan rasmi berkenaan perkembangan wabak ini hanya akan dikeluarkan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments