COVID-19 : Semua anjuran sukan IPT ditangguhkan

0

Ketua Unit Sukan Cawangan Operasi Strategik Bahagian Perancangan dan Penyelarasan Dasar, Dr Pekan Ramli serta Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Malaysia mengeluarkan arahan penangguhan bagi semua penganjuran Kejohanan Sukan Tempatan dan Antarabangsa anjuran Institut Pengajian Tinggi (IPT) Malaysia.

Menurut beliau, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengeluarkan kenyataan mengenai semua perhimpunan yang melibatkan orang ramai (mass gathering) perlu ditangguhkan bagi mencegah kemungkinan kes jangkitan COVID-19 yang semakin membimbangkan.

Justeru itu, Unit Sukan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengarahkan semua penganjuran sukan tempatan dan antarabangsa yang dianjurkan oleh mana-mana IPT dan Majlis-majlis Sukan IPT ditangguhkan serta-merta sehingga makluman terbaharu dikeluarkan.

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply