Saturday, May 25, 2024
HomeBERITACOVID-19: Rakyat Malaysia, penduduk tetap dan pemegang pas jangka panjang dari Denmark...

COVID-19: Rakyat Malaysia, penduduk tetap dan pemegang pas jangka panjang dari Denmark akan dikenakan “home quarantine” selama 14 hari

Mengambil kira status semasa penularan COVID-19 di Malaysia yang telah memasuki gelombang ke-2, Dato’ Seri Mohd Redzuan Md Yusof mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa Kerja bersama Ketua-Ketua Setiausaha dan Ketua-Ketua Pengarah serta wakil daripada pelbagai kementerian dan agensi yang berkaitan.

Menteri Tugas-tugas Khas di Jabatan Perdana Menteri memutuskan akan membuat sekatan perjalanan sepenuhnya terhadap rakyat Denmark dan warganegara asing lain daripada memasuki atau transit di mana-mana pintu masuk dalam negara.

Berikutan faktor risiko mendapat jangkitan COVID-19 tinggi, rakyat Malaysia dinasihatkan supaya menangguhkan perjalanan ke Denmark sekiranya perjalanan berkenaan tidak mendesak.

Rakyat Malaysia atau penduduk tetap dan pemegang pas jangka panjang yang tiba dari Denmark akan dikenakan perintah “home quarantine” selama 14 hari.

Kesemua perintah ini akan berkuatkuasa mulai Sabtu ini iaitu bersamaan dengan 14 Mac 2020.

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

SourceKKM
RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments