Thursday, June 13, 2024
HomeBERITACOVID-19 : 1,114 kes baharu, dua kematian dilaporkan hari ini

COVID-19 : 1,114 kes baharu, dua kematian dilaporkan hari ini

Sebanyak 1,114 kes baharu positif COVID-19 direkodkan hari ini membabitkan 1,112 kes tempatan dan dua kes import menjadikan jumlah keseluruhan kes positif dalam adalah sebanyak 46, 209 kes.

Jumlah pesakit discaj 803 orang dan ini menjadikan jumlah pesakit yang telah sembuh serta discaj ialah 33,772 kes.

Pesakit yang masih dirawat iaitu Kes Aktif adalah seramai 12,131 orang manakala 103 pesakit berada di ICU dan 43 daripadanya dilaporkan memerlukan bantuan alat pernafasan.

Dilaporkan dua kematian baharu dicatatkan pada hari ini dan menjadikan jumlah kes kematian meningkat kepada 3,306 kes.

KKM dalam pada itu mengingatkan orang ramai agar patuh kepada S.O.P sebagai normal baharu antaranya :

S : Syarat-syarat seperti yang ditetapkan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP)

O : Orang yang berisiko tinggi seperti kanak-kanak, bayi, warga emas dan orang kurang upaya (OKU) perlu dilindungi, individu tidak sihat dan bergejala dikehendaki segera menjalani pemeriksaan kesihatan

P : Penjarakan fizikal (physical distancing) sekurang-kurangnya 1 meter diamalkan pada setiap masa.

Kementerian Kesihatan Malaysia menerusi laman sosial Facebook mengucapkan Selamat Hari Deepavali kepada  semua penganut agama Hindu dengan ucapan “Deepavali Valthukkal”.

Adalah diingatkan, dalam kemeriahan menyambut pesta cahaya, Prosedur Amalan Standard (SOP) jangan dilupakan dan perlulah diikuti.

#StayAtHome

#BreaktheChain

#KitaMestiMenang

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

SourceKKM
RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments