Saturday, November 21, 2026
HomeBERITAAkui kesilapan diri, Shaheizy Sam mohon maaf

Akui kesilapan diri, Shaheizy Sam mohon maaf

Anugerah Bintang Paling Popular Berita Harian (ABPBH) 33 melabuhkan tirainya malam tadi dengan kemenangan menjadi milik penyanyi, komposer dan penulis lirik Haqiem Rusli.

Anugerah yang jurinya bergantung kepada  seratus peratus undian penonton secara ‘online’ berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil dan disiarkan secara langsung di TV3.

Menepati norma baharu, ia berlangsung tanpa kehadiran penonton, tetapi tetap meriah.

Pemenang setiap kategori dan penghibur jemputan tampil segak bergaya dan ‘glamour’.

Namun begitu, di sebalik gaya tersendiri, salah seorang selebriti yang diundang untuk menyampaikan anugerah telah dikritik hebat kerana tampil dengan beberapa ‘vape’ bersangkut di lehernya.

Kecoh di media sosial, penonton dan netizen mempertikaikan penampilan dan apakah tujuan pelakon Shaheizy Sam berbuat demikian.

Hari ini, pelakon terbabit tampil menerusi rakaman video membuat permohonan maaf di atas kesilapan dan tidak peka dengan penampilannya.

Suami kepada pelakon Syetilva Melvin ini memberi penjelasan bahawa ia adalah untuk kegunaannya sendiri.

“Sebenarnya saya adalah pengguna tegar ‘vape’ ini. Setelah habis kuasa baterinya dalam tempoh dua tiga jam, saya akan gunakan yang lain.

“Jadi saya akan pastikan ada beberapa ‘vape’ berada dengan saya.

“Malam tadi, saya cuma fokus untuk membuat yang terbaik sehingga saya terlupa bahawa ‘vape’ ini masih berada di leher saya.

“Tidak terlintas difikiran saya untuk membuat  mempromosi,” jelasnya.

Dalam satu perkongsian video di laman Intagramnya, Sam juga memohon maaf kepada semua pihak terutamanya pihak penganjur ABPBH dan TV3 kerana kesilapan itu.

“Sesungguhnya ini adalah kesilapan saya sendiri dan bukan pihak lain.

“Saya akan pastikan ianya tidak akan berulang kembali,” ujarnya.

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments