Thursday, June 20, 2024
HomeBERITASemangat dan inspirasi belia di Mural Lane Tanjung Malim

Semangat dan inspirasi belia di Mural Lane Tanjung Malim

Lukisan mural semakin mendapat tempat dihati masyarakat tempatan.

Lukisan mural lazimnya dilukis secara langsung di permukaan dinding bangunan, rumah, jalan dengan lukisan terbesar yang dibuat bagi menyokong karya dan kebolehan seni seseorang.

Hasil seni lukisan mural yang sejarahnya bermula zaman pra-sejarah sekitar 31,500 tahun lalu semakin dihargai, sekali gus memberi peluang kepada pengkarya dalam seni lukis ini mendapat peluang pekerjaan.

Kewujudan kawasan yang mempunyai mural memiliki aura tersendiri untuk menarik perhatian pengunjung kerana ia kelihatan lebih santai.

Di bandar Tanjung Malim pun ada lukisan mural. Istimewanya, lukisan mural ini dilukis pada setiap lorong di tengah bandar Tanjung Malim.

Foto : Sarah Saadun

Mula dilaksanakan pada tahun 2017, inisiatif ini adalah dibawah program Bandar Mesra Belia Tanjung Malim.

Idea awal terlaksananya Mural Lane di Muallim ini adalah salah satu daripada prinsip bandar mesra belia iaitu ‘work, live, learn and play’ yang mana seni adalah salah satu dari inspirasi dan semangat para belia.

Terdapat empat lane atau lorong yang dijadikan lorong mural bertemakan budaya,sejarah, ekonomi tempatan, animasi, arca dan semangat belia.

Pelaksanaan bagi tema budaya melibatkan belia dan penuntut UPSI dgn kerjasama Majlis Daerah Tanjung Malim.

Penganjuran program rutin setiap hari sabtu iaitu Program gerbang seni oleh penuntut UPSI merupakan salah satu platform belia tempatan melibatkan diri dlm bidang keusahawanan namun ditangguhkan sementara berikutan wabak pandemik COVID-19.

Haaa… Menarik bukan? Moh ler ke bandar Tanjung Malim bagi menghayati seni mural yang cantik dan kreatif ini.

Foto : Sarah Saadun

Selfie, wefie bersama rakan-rakan mahupun keluarga…Ater, moh le kite!

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments