Sunday, June 23, 2024
HomeBERITA“Syukur ada pemimpin bersuara di parlimen tentang rakyat terjejas COVID19” – Kapten...

“Syukur ada pemimpin bersuara di parlimen tentang rakyat terjejas COVID19” – Kapten Azrin Zawawi

SUBANG: Pemilik gerai “Kapten Corner” Kapten Azrin Muhamad Zawawi, 44, terkejut dan rasa terharu dengan kehadiran bekas Perdana Menteri Dato’ Seri Najib Tun Razak ke gerainya hari ini.

Beliau juga memanjatkan rasa syukur apabila bekas Perdana Menteri itu menyebut nama dan menyuarakan kisah beliau dalam sesi perbahasan Belanjawan 2020 di parlimen baru-baru ini.

“Alhamdulillah bila dengar, saya pun tak perasaan Bossku cakap nama saya dalam itu. Orang yang dok telefon saya. Tapi saya terkejutlah kan, terkejut dengar nama saya keluar dalam parlimen. Saya amat bersyukurlah ada juga pemimpin yang bersuara untuk kami ni terutama yang terjejas dengan pandemik covid19 ni. Bukan saya seorang, ramai lagi yang kat luar sana” ujar Kapten Azrin.

Menurut Dato’ Seri Najib, beliau amat tertarik dengan inisiatif dan semangat Kapten Azrin untuk menceburi bidang perniagaan sebagai langkah alternatif setelah hilang punca pendapatan ekoran pandemik Covid-19.

“Saya amat tertarik hati dengan inisiatif yang dibuat oleh Kapten Azrin ini untuk memulakan perniagaan gerai. Di mana langkah ini amat sesuai dalam keadaan dimana ramai juruterbang dan cabin crew syarikat penerbangan telah pun ditamatkan kerja. Dan mereka perlu mencari pekerjaan alternatif” ujar Dato’ Seri Najib.

“Kita perlu ingat bahawa industri pelancongan dan penerbangan ini mungkin memerlukan kurang-kurangnya tiga tahun lagi untuk dipulihkan. Jadi dalam pada itu mereka perlu mencari punca pendapatan untuk menyara diri dan keluarga mereka. Dan ini salah satu daripada langkah yang amat tepat. Dan alhamdulillah saya lihat bahawa tempat ini memang dapat sambutan yang sangat memberangsangkan sehinggakan ramai yang minta supaya waktu perniagaan Kapten Azrin ini di tambah lagi sampai waktu malam” ujar Dato’ Seri Najib lagi.

Dalam pada itu, Dato’ Seri Najib juga memberi kata-kata semangat buat Kapten Azrin dan juga pada seluruh rakyat yang terkesan dengan pandemik Covid-19.

“Mudah-mudahan ini akan memberi inspirasi pada pihak lain supaya janganlah kita duduk sahaja dirumah dan kita dalam keadaan termenung-menung akan nasib kita ataupun merintih atas nasib kita. Tetapi walaupun kita dah jatuh seketika tapi kita patut bangun semula. Dan Insyaallah kalau kita ada semangat daya juang macam itu Allah akan beri rezeki pada kita”

“Saya berharap bahawa perniagaan Kapten Azrin boleh dijadikan sebagai contoh dan model keada semua rakyat Malaysia. Dan saya berdoa semoga perniagaan dia akan lebih maju lagi pada masa akan datang”

Turut di ulas Dato’ Seri Najib adalah kualiti makanan yang di jual di Kapten Corner.

“Makan pun amat sedap dan saya dah cuba tadi laksa utara dan rojak. Dan saya dah minta supaya saya dapat tapau yang lain bawa balik supaya malam ini Insyaallah saya akan cuba lagi. Dan ini menunjukkan bahawa kalau kita nak maju dalam perniagaan kita mesti ada barang-barang ataupun produk yang berkualiti. Ini tak dapat kita elakkan dan kita mesti beri tumpuan supaya apaapa yang kita lakukan itu memang disukai pelanggan”

Dalam pada itu, Kapten Azrin juga menghargai kata-kata semangat dan nasihat Dato’ Seri Najib. Beliau turut memberi sedikit pesanan pada rakyat yang terkesan dengan pandemik Covid19.

“Dato’ Seri punya ucapan tadi beri banyak semangat kepada saya sendiri dan mungkin kepada orang lain. Saya juga selalu nasihatkan kepada orang lain dan juga diri saya sendiri, sentiasa berusaha, jangan malu, dan hati kene biar cekal. Bagi saya kita perlu selalu pandang kehadapan. Kita tak boleh la nak tengok, ooo dulu kita buat macam ni, sekarang jadi macam ni. tak boleh. Pada hari ini, sampai seterusnya kita tengok apa peluang-peluang yang ada diluar sana, memang banyak. Insyaallah kalau kita rajin, kita akan dapat rezeki itu” kata Kapten Azrin

Setelah diberhentikan kerja daripada sebuah syarikat penerbangan komersial Malaysia akibat pandemik COVID-19 pada 30hb Oktober lepas, beliau mengambil keputusan untuk membuka gerai makanan dengan menjual Laksa Utara, Rojak Buah, Mee Kari dan Bihun Sup di sebuah gerai yang dikenali sebagai ‘Kapten Corner’ di Subang Jaya, Selangor, bagi meneruskan hidup bersama isteri dan empat anak.

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments