Saturday, July 20, 2024
HomeBERITACalon termuda BN Selangor sedia berkhidmat untuk Kapar

Calon termuda BN Selangor sedia berkhidmat untuk Kapar

KAPAR, 6 November – Calon termuda Barisan Nasional Selangor, Muhammad Noor Azman, 30, sedia menawarkan perubahan yang lebih efektif dan segar buat pengundi di parlimen Kapar jika beliau dipilih menjadi wakil rakyat.

“Selaku orang muda, saya menawarkan perubahan yang lebih segar dan wibawa melalui khidmat bakti yang mendahulukan kepentingan warga Kapar”

“Gerak kerja di Parlimen yang efektif, responsif dan proaktif dalam menyegerakan penyelesaian masalah sedia ada akan menjadi keutamaan saya.Saya yakin ini yang warga Kapar mahukan,” katanya.

Dalam pada itu, calon anak muda berkelulusan undang-undang ini sedar bahawa menjadi wakil rakyat ini bukanlah suatu tugas yang mudah.

“Namun saya sedar, ia bukan suatu yang mudah. Tetapi berkat kesungguhan dan pengalaman yang telah ditimba di kementerian- kementerian , akan menjadi bekalan saya merealisaikan visi dan misi ini,” katanya.

Walaubagaimanapun, calon anak tempatan Kapar yang juga Ketua Pemuda BN Kapar ini kini bersedia menyahut cabaran itu dan dengan rendah diri memohon agar diberi peluang berkhidmat untuk warga Kapar.

“Dengan penuh rendah diri, saya mohon, berilah peluang untuk anak muda ini bersama semangat, idea dan khidmatnya, untuk membawa sebuah perubahan yang dimahukan warga Kapar. Saya, Muhammad, sedia berkhidmat untuk Kapar,” katanya.

Setelah MIC tewas tiga kali berturut-turut, Barisan Nasional Selangor kini dilihat menukar strategi dengan mempertaruh calon UMNO pada PRU-15 ini.

Parlimen Kapar sebelum ini telah dimenangi oleh PKR iaitu S Manikavasagam dalam PRU-12 manakala G. Manivannan dalam PRU-13 dan Abdullah Sani pada PRU-14.

Kali terakhir Barisan Nasional menang kerusi Kapar adalah pada PRU-11 di mana calon dari BN-MIC P Komaladevi menang dengan majoriti 14,588 undi.

Untuk PRU-15, Parlimen Kapar menyaksikan saingan sengit tujuh penjuru yang terdiri daripada penyandang kerusi Parlimen Kapar Abdullah Sani (PKR-PH), penyandang DUN Sementa Dr Daroyah Alwi (Parti Bangsa Malaysia), Ustaz Hj Pathan Husin (PEJUANG), bekas ADUN Selat Klang (Dr Halimah Ali), Dato’ Seri Rahim (Warisan), dan Dato’ Sri Sivalingam (BEBAS)

Dengan jumlah pengundi terkini mencecah 188,000 , hampir 54% pengundi adalah terdiri dari segmen umur 18 tahun hingga 39 tahun. Manakala pengundi Melayu mewakili 70%, kaum Cina 15.2% dan kaum India 14.2%.–THE MALAYA POST

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments