Thursday, May 23, 2024
HomeBERITASokong Ismail Sabri kerana tidak campuri urusan mahkamah - Khairy

Sokong Ismail Sabri kerana tidak campuri urusan mahkamah – Khairy

SUNGAI BULOH, 6 November – Perdana Menteri, Datuk Ismail Sabri Yaakob tidak campuri urusan mahkamah dan sangat menghormati prinsip pengasingan kuasa antara badan eksekutif, perundangan dan kehakiman.

Atas prinsip itu kata calon Barisan Nasional (BN) untuk Sungai Buloh di Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), Khairy Jamaluddin, beliau menyokong kepimpinan Ismail Sabri dan berjanji akan membantu Ismail Sabri untuk membangunkan negara sekiranya BN kembali diberi mandat.

“Ismail Sabri dia tak campur tangan dalam kes mahkamah, sebab itu saya sokong dia dan saya akan bantu PM untuk bangunkan negara. Jika anda bagi peluang pada saya sebagai Ahli Parlimen saya mahu anak bangsa saya berdiri sama tinggi dengan bangsa lain. Jika ada yang rasa saya dicampak ke Sungai Buloh, dia silap. I am fighter. Saya akan jaga Sungai Buloh dan Malaysia kita jaga,” katanya ketika sesi ceramah ‘Kata Janji KJ’ di Paras Jaya Dalam, Sungai Buloh malam ini.

Tambah Khairy Jamaluddin, beliau mahu pengundi memahami bahawa calon Perdana Menteri dikemukakan parti itu adalah Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Jelasnya, isu satu undi untuk Khairy sama dengan satu undi untuk Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hanya dimainkan parti lawan.

“Dah tutup isu satu undi untuk Khairy sama dengan satu undi untuk Zahid. Dia ungkit isu lama pasal skandal pula nak buat tuduhan jangan kias-kias letak nama dan kad pengenalan (IC), malam ini saya saman. Kalau KJ ada kes rasuah, anda tahu Kerajaan 22 bulan Perdana Menterinya siapa. Kenapa tak buat apa-apa, budak yang paling dibenci adalah saya. Najib dan Zahid didakwa tapi tak ada kes terhadap saya, jika konon ada lah, dari dakwa Ahmad Maslan, Shahrir Samad, Azeez Rahim kenapa tidak saya sedangkan saya lebih ada “value dari mereka jika didakwa, kan? Sebab saya tahu tak ada bukti, tak ada kes pun. Ada yang lain takut didakwa lompat ke belah sana. Saya tidak, saya tetap bersama UMNO. Saya ni “fighter” saya akan lawan mereka. Apa saya nak takut kerana kebenaran,” katanya.

Katanya beliau mahu amalkan kempen secara baik dan “gentleman” di sepanjang PRU ini namun dakwa KJ calon lawan tidak henti-henti menabur fitnah.

“Malam ni ada ceramah di pasar malam, sebab nak ceramah baru turap jalan. Kenapa jalan tu dah lama tak buat? Malam ni baru perbaiki.

“Kita tahu latar belakang dia. Kita boleh londehkan calon ini, I will go after you, you get me into game fight. Apa kamu takut dengan saya, Zahid yang boleh ckp dengan cikgu dia, dia yang boleh call cikgu dia,” katanya.

Sementara itu, penyandang kerusi Parlimen Rembau itu turut memaklumkan beliau sanggup meninggalkan kawasan selamat (Parlimen Rembau) yang dipeganggnya selama tiga penggal untuk memastikan BN dapat merampas semula kawasan Sungai Buloh daripada pegangan parti lain.

Dalam pada itu selepas tamat sesi ceramah Khairy berseloroh dengan mengatakan sekiranya setiap undi itu dikira melalui bilangan swafoto yang diambil, pastinya BN sudah menang di Parlimen Sungai Buloh.

Khairy Jamaluddin yang turut bersaing bersama enam lagi calon di Parlimen Sungai Buloh itu yakin dengan kehadirannya di kawasan tersebut akan memberi sinar baharu buat BN meskipun pernah kalah tiga penggal berturut-turut.

“Jadual saya dari semalam asyik lewat sahaja, sepatutnya di satu tempat diperuntukkan 30 minit, dia jadi 45 minit sebab ramai yang nak ajak ‘selfie’.

“Kalau saya kira bilangan orang ‘selfie’ dengan saya, BN boleh menang di Parlimen Sungai Buloh ini,” katanya ketika sesi ceramah ‘Kata Janji KJ’ di Paras Jaya Dalam, Sungai Buloh malam ini.–THE MALAYA POST

*SubscribeChannel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

 

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments