Saturday, May 18, 2024
HomeBERITA"Buah Tangan Bera" jadi pilihan PM buat tetamu majlis iftar

“Buah Tangan Bera” jadi pilihan PM buat tetamu majlis iftar

Perdana Menteri, Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob memilih produk-produk hasil tangan rakyat Bera sebagai buah tangan majlis Iftar Perdana Menteri bersama pengamal media di Kompleks Seri Perdana, Putrajaya malam tadi.

Antara produk berkualiti Bera yang menjadi pilihan Perdana Menteri adalah Sambal Hitam Pahang.

Siapa sangka Sambal Hitam Pahang jenama
‘Bera Best sudah sampai di Singapura manakala
Biskut Kelapa pula jadi pilihan di Brunei dan China.

Hasil tangan Kampung Bukit Keledang, Bera, siapa tidak kecur dengan Sambal Hitam Pahang. Sambal pembuka selera sejak dahulu lagi.

Bertambah nasi, tidaklah hairan. Ramai yang sukakan keaslian dan keenakan sambal belimbing buluh ini.

Selain itu, Sambal Bunga Kantan juga hasil tangan Kampung Bukit Keledang, Bera. Bukan sekadar harum tapi juga berkhasiat. Dihasilkan apabila tibanya musim bunga kantan.

Sambal ini dihasilkan dengan campuran ikan
bilis, santan, cili padi, bawang besar dan bawang putih yang dimasak sehingga kering.

Rempeyek, turut menjadi pilihan buah tangan Dato’ Seri Ismail Sabri hasil tangan Kampung Tok Langit, Bera. Sekali makan sukar untuk berhenti.

Itulah Rempeyek, kudapan popular Keluarga Malaysia. la diperbuat daripada gabungan rempah ratus, tepung beras, santan, kacang tanah dan ikan bilis.

Selain rempeyek, baulu atau bahulu sejenis kuih turun temurun yang semakin diminati. Adunan telur, tepung gandum dan gula dibakar masak hingga kuning keemasan. Cukup enak dimakan begitu sahaja atau dicicah air teh atau kopi.

Ini pula Biskut Kelapa jug hasil tangan Kampung Tok Langit, Bera. Bukan saja rangup tapi cair di dalam mulut. Biskut kelapa bukan lagi hidangan pada hari perayaan tetapi boleh dinikmati bila-bila masa.

Bahan utama biskut ini adalah kelapa parut yang dihasilkan bersama-sama gula kastor dan gula melaka. Selain itu, Putu Beras turut menjadi pilihan PM.

Hasil tangan Kampung Gual, Bera, kuih tradisional yang diperbuat menggunakan tepung beras dan gula pasir.

Penyediaannya cukup senang. Adunan tepungnya perlu dlembun semalaman sebelum dibentuk menggunakan acuan khas dan kemudian dijemur.

Tidak ketinggalan kueh Dodol. Hasil tangan IKS Kemayan, Bera. Sajian warisan ini hasil campuran tepung beras, santan, garam dan gula melaka.

Proses pembuatannya agak unik memerlukan tempoh masa yang lama. Dikacau tanpa henti bagi memastikan adunan tidak hangus sehingga hasilnya menjadi likat dan kenyal.

Yang pasti Bera, salah sebuah daerah di Pahang, Malaysia kini berusaha melakar namanya di peta dunia dengan keunikan tersendiri.

Bera bukan lagi sekadar menawarkan keindahan
semula jadi Tasik Bera, sebuah destinasi ekopelancongan bertaraf dunia tetapi juga kehalusan seni warisan kraf tangan serta keenakan pelbagai produk tradisional usahawan taninya.

Bagi program Kraftera di bawah MARA dan JAKOA,
Orang Asli Keluarga Malaysia di Bera diupayakan bagi mengeluarkan anyaman mengkuang yang bukan saja cantik mata memandang tetapi tinggi sekali kualitinya.

Pencapaian ini tidak mungkin menjadi nyata tanpa
cetusan ilham Dato’ Seri Ismail Sabri Berkat usaha beliau, hasil tangan Keluarga Malaysia Bera semakin diminati baik dalam mahupun luar negara.

Terdahulu Perdana Menteri, turut meraikan pengamal media termasuk ketua pengarang dan editor.

Perdana Menteri yang tiba pukul 7 petang diiringi oleh Ketua-ketua Pengarang media cetak dan elektronik.

Majlis itu dihadiri kira-kira 700 tetamu daripada pelbagai agensi media.

Antaranya Media Prima, New Straits Times Press, Radio Televisyen Malaysia (RTM), Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama), The Star, Sin Chew Daily.

Hadir sama The Malaya Post, Malaysia Gazette, Watan, BNBCC dan ramai lagi.

Majlis turut diserikan dengan kehadiran 95 jemputan Pejabat Perdana Menteri daripada Yayasan Keluarga Malaysia serta rumah anak yatim dan asnaf Raudhatul Al-Faeez di Keramat.

Perdana Menteri kemudian menunaikan solat maghrib secara berjemaah.–THE MALAYA POST

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments