Saturday, July 13, 2024
HomeBERITA"Bonda saya sudah tiada" - Najib Razak

“Bonda saya sudah tiada” – Najib Razak

Di hari Jumaat yang penuh barakah, negara dikejutkan perkhabaran duka pemergian bonda Dato’ Seri Mohd Najib Razak, Tun Rahah Tan Sri Mohamed Noah sebentar tadi.

Melalui perkongsian Dato’ Seri Mohd Najib di laman Facebook miliknya, beliau menzahirkan berita duka ini dengan menulis;

“Innalillahwainnailaihirojiun

Bonda saya sudah tiada.

Kami sekeluarga di hospital.

Kesedihan dan air mata mengalir.

Tiada kata-kata untuk kehilangan ini.”

Dilaporkan, Tun Rahah disahkan meninggal dunia di Pusat Perubatan Prince Court pada jam 4.30 petang dan jenazah kini dibawa pulang ke kediaman rasmi keluarga serta akan dibawa ke Masjid Ar-Rahah pada esok hari untuk pengurusan jenazah sebelum dikebumikan di Masjid Negara.

Semalam, Allahyarhamah Tun Rahah telah dimasukkan ke Pusat Perubatan Prince Court kerana kesihatan yang semakin merosot.

Kelihatan beberapa pemimpin utama negara datang menziarahi balu Perdana Menteri kedua negara ini termasuk Yang diPertuan Agong, Sultan Perak, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan tetamu-tetamu kenamaan yang lain.

Kami warga portal The Malaya Post mendoakan agar Dato’ Seri dan keluarga terus tabah menghadapi dugaan hebat ini.

Semoga roh Allahyarhamah Tun Rahah ditempatkan bersama para Syuhada dan tergolong di antara insan-insan yang mendapat kasih sayang Allah SWT.

Teruskan berdoa Dato’ Seri. Hanya doa menghubungkan kasih sayang anak terhadap ibu bapa seterusnya dapat menggembirakan roh mereka yang telah dijemput Illahi.

Al-Fatihah.

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments