Thursday, May 16, 2024
HomeBERITAIstiadat Pengebumian Negara buat Tun Rahah - PM

Istiadat Pengebumian Negara buat Tun Rahah – PM

Kerajaan memutuskan Allahyarhamah Tun Rahah Tan Sri Mohd Noah diberi penghormatan Istiadat Pengebumian Negara dan jenazah akan dikebumikan di Lingkaran Makam Pahlawan, Masjid Negara pada esok hari (19 Disember).

Berita berkenaan disampaikan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam satu satu kenyataan media hari ini.

Dalam pada itu, beliau mewakili kerajaan dan seluruh rakyat Malaysia mengucapkan takziah kepada Dato’ Seri Mohd Najib Razak dan seluruh ahli keluarga di atas pemergian bonda tercinta.

“Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarhamah Tun Hajjah Rahah binti Tan Sri Haji Mohd Noah dan menempatkan beliau bersama-sama golongan yang beriman. Al-Fatihah.” ujar beliau.

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments