KUALA LUMPUR, 23 November – Barisan Nasional (BN) sudah mempersembahkan permohonan menangguhkan pertemuan bersama Yang di-Pertuan Agong yang dijadualkan berlangsung di Istana Negara pada jam 10 pagi esok, kata Setiausaha Agung MCA, Datuk Chong Sin Woon.
Pada masa Barisan Nasional kekal dengan pendirian tidak menyokong mana-mana gabungan parti politik.
Siang tadi, Mesyuarat Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) hari ini memutuskan untuk tidak menyokong Pakatan Harapan (PH) atau Perikatan Nasional (PN) bagi membentuk kerajaan.
Malam ini pula berlangsung mesyuarat khas Dewan Tertinggi BN dan perjumpaan bersama Ahli-Ahli Parlimen Barisan Nasional.
*Subscribe Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.
https://m.youtube.com/c/themalayapost
Leave a Reply