Keputusan rundingan BN-PH dan BN-PN bakal diputuskan dalam mesyuarat Dewan Tertinggi BN pagi esok

0

Keputusan daripada hasil rundingan membabitkan pimpinan tertinggi Barisan Nasional (BN) dan Parti Pakatan Harapan (PH) mahupun Perikatan Nasional (PN) bakal diputuskan dalam mesyuarat Dewan Tertinggi BN pagi esok.

Menurut Timbalan Presiden MIC, Dato’ Seri M. Saravanan yang mengesahkan perkara itu ketika dihubungi, rundingan membabitkan BN dan PH serta BN bersama PN sudah selesai siang tadi.

Pun begitu katanya Naib Presiden UMNO Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob tidak terbabit semasa waktu rundingan bersama PH manakala Dato’ Seri Ahmad Zahid juga tidak dapat hadir ke mesyuarat rundingan bersama PN siang tadi kerana beliau demam.

“Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob tidak terbabit semasa waktu rundingan bersama PH manakala Dato’ Seri Ahmad Zahid juga tidak dapat hadir ke mesyuarat rundingan bersama PN siang tadi kerana beliau demam,” katanya ketika dihubungi The Malaya Post.

Tambahnya mesyuarakat itu diketuai oleh Timbalan Presiden UMNO, Dato’ Seri Mohamad Hasan.

Jelasnya hasil rundingan itu akan dibawa oleh Dato’ Seri Mohamad Hassan ke mesyuarat MT UMNO malam ini.

Ia kemudian akan dibawa ke mesyuarat Dewan Majlis Tertinggi BN esok.

Terdahulu BN telah membentuk sebuah jawatankuasa terdiri daripada tujuh perunding yang diketuai oleh Dato’ Seri Ahmad Zahid Hamidi, Dato’ Seri Mohamad Hasan, Dato’ Seri Dr Zamri Abd Kadir, Dato’ Seri Dr Wee Kah Siong, Dato’ Seri M. Saravanan, Datuk Arthur Joseph Kurup dan Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob.–THE MALAYA POST

*Subscribe Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply