Warga emas adalah golongan yang berisiko tinggi untuk dijangkiti wabak COVID-19, justeru itu anak-anak atau penjaga pastikan kesemua ahli keluarga mengamalkan langkah pencegahan ketika berada di rumah
Anak atau penjaga yang tinggal bersama perlu menitikberatkan bekalan ubat ibu bapa sentiasa mencukupi dan patuhi temujanji rawatan yang telah dijadualkan.
Disarankan agar dapatkan rawatan dengan segera jika sakit dan memberikan sokongan psikologi kepada mereka.
Dalam masa yang sama pastikan barangan keperluan harian mencukupi ketika menjalani tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Selain itu, saling mengingati antara satu sama lain untuk kerap mencuci tangan dengan air dan sabun serta guna tisu apabila batuk dan bersin.
Sekiranya terdapat ahli keluarga yang bergejala pakai penutup mulut dan hidung serta amalkan penjarakkan sosial satu meter.
Warga emas adalah golongan yang berisiko tinggi untuk dijangkiti wabak COVID19.Anak-anak perlu pastikan keperluan…
Dikirim oleh Majlis Keselamatan Negara pada Jumat, 10 April 2020
*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

Leave a Reply