Sunday, June 23, 2024
HomeBERITACOVID-19 : Tiga kematian libatkan warga emas sakit kronik.

COVID-19 : Tiga kematian libatkan warga emas sakit kronik.

Tiga kes kematian baharu #COVID19 direkodkan dalam negara setakat jam 5 petang hari ini (11 April).

Ini menjadikan jumlah keseluruhan kematian adalah sebanyak 73 mangsa.

Ketiga – tiga kes melibatkan warga emas berjantina lelaki yang mempunyai sejarah penyakit kronik.

Mangsa pertama berusia 63 tahun, mempunyai penyakit darah tinggi dan meninggal dunia di Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh.

Mangsa kedua pula berusia 71 tahun dan mempunyai sejarah penyakit tiga serangkai iaitu masalah jantung, kencing manis dan darah tinggi. Mangsa meninggal dunia di Hospital Sungai Buloh, Selangor.

Mangsa ketiga yang berusia 66 tahun telah meninggal dunia di Hospital Tuanku Jaafar, Negeri Sembilan.

Selain dari latar belakangnya yang menghidapi penyakit kencing manis, darah tinggi dan gout, mangsa juga direkodkan mempunyai kontak rapat kepada kes ke 452 (kluster Seri Petaling).

Takziah buat ahli keluarga mangsa.

Al- Fatihah.

#StayAtHome
#COVID19Malaysia
#staySafe
#stayHealthy
#BreaktheChain
#KitaMestiMenang

– THE MALAYA POST

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

Kes Kematian Baharu #COVID19Malaysia setakat 5 Petang, 11 April 2020 adalah seramai 3 orang.Ini menjadikan jumlah kes kematian setakat ini adalah seramai 73 orang.#StayAtHome#BreaktheChain#KitaMestiMenang

Dikirim oleh KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA pada Sabtu, 11 April 2020

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments