Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan 184 kes baharu pada hari ini (11 April).
Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes positif di Malaysia adalah sebanyak 4,530 kes.
Jumlah pesakit discaj pula adalah seramai 165 orang, menjadikan jumlah kes pesakit yang telah sembuh dan discaj ialah 1,995 kes.
Manakala, pesakit di ICU adalah seramai 72 orang dan 38 daripada jumlah tersebut memerlukan bantuan alat pernafasan.
Dukacita dimaklumkan kes kematian baharu pada hari ini adalah seramai 3 orang.
Keseluruhan kes kematian di negara kita sebanyak 73 kes.
Takziah buat ahli keluarga mangsa.
Al- Fatihah.
#StayAtHome
#COVID19Malaysia
#staySafe
#stayHealthy
#BreaktheChain
#KitaMestiMenang
– THE MALAYA POST
*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.
https://m.youtube.com/c/themalayapost
Sidang media oleh YBhg. Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia berkenaan perkembangan terkini COVID-19 di Malaysia
Dikirim oleh KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA pada Sabtu, 11 April 2020

Leave a Reply