Wednesday, June 19, 2024
HomeBERITABelia aset negara - Perdana Menteri

Belia aset negara – Perdana Menteri

Bertemakan ‘Dekad Ini, Dekad Anda’, Hari Belia Negara pada tahun ini disambut dalam suasana penuh mencabar.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin merakamkan perhargaan di atas sumbangan belia kepada pembangunan negara.

Menerusi ucapannya, beliau berkata dalam keadaan negara dan dunia dicengkam masalah virus COVID-19, diharap para belia dapat menerima, menghayati dan mengambil bahagian dalam norma baharu kehidupan sehari-hari.

Gaya hidup dan cara bekerja perlu lebih sesuai dengan keadaan semasa terutama dalam kita melaksanan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Selain komited dalam usaha menghentikan penularan pandemik ini, pihak kerajann turut memastikan agar golongan belia tidak tercicir dalam usaha meneruskan kelangsungan hidup.

Hasil tinjauan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menerusi Institut Penyelidikan Belia Malaysia mendapati 95.8% belia menyokong insentif Pakej Rangsangan Ekonomi yang dilaksanakan oleh kerajaan.

Manakala 78.7% belia bersetuju usaha kerajaan mampu meningkatkan ekonomi negara, selain selari dengan keperluan rakyat.

Beliau juga berharap agar bantuan RM10 billion yang disalurkan oleh kerajaan dapat dimanfaatkan sebaik mungkin.

Perdana Menteri turut berterima kasih kepada golongan belia yang tampil sebagai petugas barisan hadapan dalam sektor kesihatan, keselamatan, kebersihan, sukarelawan dan kemasyarakatan selain berkongsi idea kreatif serta berinovasi untuk kebaikan bersama.

Dalam pada itu, beliau berharap golongan belia kekal menyerlah sebagai anak muda yang berdaya saing dan menjadi aset kepada negara.

Selamat Hari Belia Negara 2020.

– THE MALAYA POST

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

Ucapan Hari Belia 2020 oleh YAB Tan Sri Dato' Haji Muhyiddin Bin Hj Mohd Yassin, Perdana Menteri Malaysia

Dikirim oleh Muhyiddin Yassin pada Kamis, 14 Mei 2020

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments