Wednesday, June 19, 2024
HomeBERITABoleh merebak walau tidak bergejala, terus amalkan SOP kawalan kendiri

Boleh merebak walau tidak bergejala, terus amalkan SOP kawalan kendiri

Antara ciri ciri unik yang menjadikan virus COVID-19 lebih mudah merebak adalah kerana sesetengah individu TIDAK mempunyai sebarang gejala walaupun telah dijangkiti.

Individu ini tidak mempunyai simptom seperti demam, batuk dan sesak nafas malahan kelihatan sihat seperti biasa.

Individu ini juga mempunyai viral load (bilangan dan kandungan virus) yang sama seperti individu yang bergejala dan mempunyai kapasiti yang sama menyebabkan jangkitan.

Penularan jangkitan dari individu yang tidak bergejala kepada golongan berisiko seperti warga tua dan pesakit kronik adalah suatu perkara yang paling membimbangkan.

Wabak ini lebih mudah merebak jika tiada langkah pencegahan diambil.

Satu satunya cara untuk mengetahui status jangkitan adalah dengan menjalani ujian saringan COVID-19.

Walaubagaimanapun, buat masa ini, ujian hanya dilakukan kepada golongan sasar yang mempunyai potensi jangkitan.

Oleh itu, cara yang ada untuk mencegah penularan jangkitan dari individu yang tidak bergejala adalah dengan terus mengamalkan penjarakkan sosial dan mengelakkan diri ke tempat yang padat atau sesak.

Pemakaian topeng muka perlu dalam usaha mengekang jangkitan.

Kebersihan diri dan tangan perlu sentiasa dititikberatkan.

Pastikan tangan sentiasa bersih dengan menggunakan air dan sabun atau ‘hand sanitiser’.

#StayAtHome
#staySafe
#stayHealthy
#BreaktheChain
#StrongerTogether
#dudukRumah
#KitaMestiMenang
#kitaJagaKita

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=2630890597200796&id=1712327752390423

– THE MALAYA POST

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

 

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments