Tuesday, June 18, 2024
HomeBERITASekatan di semua tol lebuhraya kembali beroperasi

Sekatan di semua tol lebuhraya kembali beroperasi

Sekatan jalan raya di semua tol lebuhraya mula dilaksana selepas berakhirnya operasi rentas negeri yang diadakan selama empat hari bermula 7 hingga 10 Mei lalu.

Langkah ini diambil Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi mengawal dan mengelak berlakunya aktiviti rentas negeri tanpa kebenaran.

Menteri Kanan Keselamatan, Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob berkata perjalanan rentas negeri selepas tarikh berkuatkuasa masih diteruskan namun ianya hendaklah berpandukan syarat yang ditetapkan.

“Selepas pada tarikh terbabit, kebenaran rentas negeri berbalik kepada normal iaitu tidak boleh melakukan perjalanan rentas negeri tanpa kebenaran pihak polis.

“Maknanya sesiapa yang rentas negeri tanpa kebenaran boleh dihukum dibawah Akta 342 dan pihak polis akan memberi kompaun atau membawa mereka ke mahkamah,” ujar beliau dalam sidang media petang tadi.

Tambah Dato’ Seri Ismail Sabri, walaupun kerajaan memberi kelonggaran kepada beberapa golongan yang boleh merentas negeri, namun peraturan ini tidak tertakluk kepada individu bujang.

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments