Saturday, July 27, 2024
HomeBERITABekas suami sindir Lufya Omar???

Bekas suami sindir Lufya Omar???

“Belajar agama itu adalah tujuan untuk berdakwah.Di samping mengajak rakan-rakan ke arah kebaikan.Yang penting keikhlasan hati dan niat itu kena tepat”.

Demikian status yang ditulis bekas suami penyanyi dan pelakon Lufya Omar, Dr Che Muhammad Hafiz Che Baharum menerusi laman Instagram miliknya.

Perkongsian status terbabit dikatakan sindiran terhadap Lufya yang kini giat mempelajari ilmu agama dan mengikuti ceramah dakwah.

Menurut Dr Che Hafiz lagi, tujuan dalam mencari ilmu Allah itu haruslah berpandukan niat yang tepat dan hati yang ikhlas bukanlah hanya sekadar untuk menutup keburukan diri sendiri.

Beberapa hari lalu, di laman Instagram milik Lufya telah berkongsi beberapa status dan gambar menunjukkan dirinya ke kelas agama bersama rakan-rakan seperjuangan.

Lufya turut berkongsi satu video ketika bertemu dengan pendakwah bebas terkenal iaitu Ustaz Ebit Lew.

Dalam video berkenaan Ustaz Ebit Lew menyampaikan satu ilmu dan motivasi tentang ganjaran yang akan diperoleh di Akhirat kelak oleh para ibu tunggal dalam membesarkan anak sendirian.

Ujarnya, tiada sesiapa yang menginginkan perpisahan dalam perkahwinan namun hamba Allah SWT yang banyak menanggung ujian dan sakit adalah hamba yang disayangi oleh Allah SWT.

Terdahulu kemelut rumah tangga pasangan ini menjadi perhatian warganet apabila Lufya mula mendedahkan isu permasalahan perkahwinan mereka.

Selepas itu tular berita yang mengatakan Dr Che Hafiz telah menceraikan isterinya melalui aplikasi Whatsapp atas permintaan Lufya.

Namun Lufya menafikan dan mengatakan tidak menerima sebarang mesej cerai dari suaminya itu.

Pasangan ini diijabkabulkan pada 26 November 2016 dan dikurniakan seorang anak perempuan, Laana Haura yang berusia dua tahun.

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments