Tuesday, May 21, 2024
HomeBERITAJawapan bersahaja Mufti Wilayah Persekutuan membalas pertanyaan pengguna Twitter mencuit hati...

Jawapan bersahaja Mufti Wilayah Persekutuan membalas pertanyaan pengguna Twitter mencuit hati netizen

Seorang pengguna Twitter,  @afaizroslan telah tweet dan bertanya kepada Mufti Wilayah Persekutuan, Dato’ Seri Dr.Zulkifli Mohamad Al-Bakri mengenai kekalahan pasukan Arsenal baru-baru ini.

Tweet yang berbunyi “Salam mufti, apa nasihat untuk Arsenal? ????????“.Tweet itu telah diulangkicau oleh Dato’ Seri Dr.Zulkifli dengan menjawab dalam nada gurauan “Mainlah seperti Liverpool”.

Tweet berkenaan telah mendapat lebih 17,400 retweet dan 14,900 tanda setuju di akaun Twitter milik Dato’ Seri Dr.Zulkifli.

Beliau kemudiannya memuat naik paparan skrin tweet terbabit ke laman Instagram miliknya.

Di ruangan komen Instagram beliau, para artis dan warganet yang juga peminat tegar Liverpool terhibur dengan jawapan yang diberikan oleh mufti berkenaan.

 

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments