Wednesday, May 22, 2024
HomeBERITAAyuh bantu ringankan bebanan anggota kumpulan Rabbani, Nazrul Azhar

Ayuh bantu ringankan bebanan anggota kumpulan Rabbani, Nazrul Azhar

Perkongsian laman Facebook Simfoni menghebahkan mereka sedang mengumpulkan dana bagi membantu dan meringankan bebanan salah seorang anggota kumpulan Rabbani, iaitu Nazrul Azhar Tamrin.

Nazrul yang kini berada di hospital kerana komplikasi darah yang menyebabkan penglihatannya kabur dan mengalami demam panas mengakibatkan beliau tidak dapat bekerja lagi.

“AYUH! Sama-sama bantu untuk ringankan beban abang kami, Abang Acul dari kumpulan Rabbani. Beliau telah lama menghadapi masalah buah pinggang. Sama2 kita hulurkan bantuan, ringankan beban. #viral #rabbani #nazrulrabbani #bantuan #hulurkanbantuanringankanbeban” tulisnya.

AYUH! Sama-sama bantu untuk ringankan beban abang kami, Abang Acul dari kumpulan Rabbani. Beliau telah lama menghadapi…

Dikirim oleh Simfoni pada Jumat, 28 Februari 2020

Difahamkan, sebelum ini Nazrul seringkali terlibat dengan pengurusan majlis atau acara dan produksi Rabbani kerana Nazrul dikhususkan untuk menguruskan set sound system disamping terlibat dengan persembahan.

Buat masa ini terdapat dua tabung dana yang sedang bergerak dan diedarkan iaitu tabung sumbangan yang mempunyai nombor akaun Nazrul sendiri, manakala satu tabung lagi dari Munsyid Malaysia yang diuruskan oleh biro keahlian dan kebajikan Munsyid Malaysia.

Dilaporkan, pada minggu hadapan akan ada penyerahan bantuan melalui Presiden Munsyid kepada Nazrul.

Diharapkan dengan sumbangan yang dikumpul dapat membantu meringankan beban Nazrul Azhar sekeluarga.

– THE MALAYA POST

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments