Saturday, July 13, 2024
HomeBERITAKami komited terhadap agenda Nasional - Azmin Ali

Kami komited terhadap agenda Nasional – Azmin Ali

Ahli Parlimen Gombak, Dato’ Seri Azmin Ali bersyukur kepada Allah SWT kerana perjuangan mereka selama satu minggu untuk membentuk sebuah kerajaan baru telah berjaya.

Tambah beliau, perjuangan berkenaan melalui saat-saat getirnya.

Namun akhirnya telah mendapat dukungan majoriti Ahli-Ahli Dewan Rakyat untuk memilih YAB Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin Haji Mohd Yassin sebagai Perdana Menteri Malaysia Ke-8.

“Saya bersyukur kepada Allah SWT kerana perjuangan kami selama satu minggu untuk membentuk sebuah kerajaan baru telah berjaya.

“Perjuangan ini melalui saat-saat getirnya namun akhirnya kita mendapat dukungan majoriti Ahli-Ahli Dewan Rakyat untuk memilih YAB Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin Haji Mohd Yassin sebagai Perdana Menteri Malaysia Ke-8” katanya dalam satu kenyataan media di facebook.

Atas perjuangan itu, kami bertekad untuk membentuk sebuah kerajaan yang berteraskan Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara.

Jelasnya mereka komited terhadap agenda nasional demi memacu kebangkitan ekonomi, menjamin kemakmuran bersama, memelihara keselamatan dan kedaulatan negara, memperkukuh perpaduan rakyat serta menjayakan reformasi institusi.

“Kami bertekad untuk membentuk sebuah kerajaan yang berteraskan Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara.

“Kami komited terhadap agenda nasional demi memacu kebangkitan ekonomi, menjamin kemakmuran bersama, memelihara keselamatan dan kedaulatan negara, memperkukuh perpaduan rakyat serta menjayakan reformasi institusi.

“Saya mengucapkan tahniah kepada YAB Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin atas mandat yang diberi kepada beliau sebagai Perdana Menteri dan membentuk sebuah kerajaan yang baru. Beliau adalah seorang pemimpin yang berwibawa, berpengalaman serta berintegriti”, katanya.

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

SourceAzmin Ali
RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments