Tuesday, May 28, 2024
HomeBERITAAwas! Pemabuk mengancam nyawa orang awam

Awas! Pemabuk mengancam nyawa orang awam

Pemandu mabuk berisiko tinggi terlibat dengan kemalangan, bukan sahaja boleh meragut nyawa sendiri malah ia juga boleh melibatkan nyawa orang lain.

Memandu di bawah pengaruh alkohol boleh mengakibatkan diri hilang fokus, mengganggu keseimbangan diri dan sukar membuat keputusan secara rasional.

Bukan itu sahaja, terdapat beberapa kesan negatif terhadap individu yang memandu dalam keadaan mabuk, antaranya mengakibatkan serangan mengejut seperti sakit jantung dan menyebabkan kurang daya pendengaran.

Kesan lainnya, diri akan merasa mengantuk dan penglihatan tidak jelas serta alami tidak balas yang kurang peka.

Dalam masa yang sama, perbuatan ini juga boleh memberi kesan buruk terhadap pengguna jalan raya dan mengakibatkan kesesakan jalan raya berlaku.

Jelas bahawa pemabuk mengundang risiko kemalangan dan membahayakan orang awam serta pengguna jalan raya yang lain.

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments