Sunday, June 16, 2024
HomeBERITAAwas, jangan terpedaya dengan taktik jahat si penipu! Menyamar sebagai wakil Pos...

Awas, jangan terpedaya dengan taktik jahat si penipu! Menyamar sebagai wakil Pos Malaysia pula

Awas dan waspada dengan si penipu!

Pos Malaysia mengingatkan kepada orang ramai agar berwaspada terhadap penipuan individu yang menyamar sebagai wakil daripada Pos Malaysia atau Pos Laju.

Pos Malaysia dalam satu kenyataan memberitahu pihaknya telah mengesan satu sindiket penipuan yang dilakukan oleh individu yang tidak bertanggungjawab menyamar sebagai wakil Pos Laju bagi memperdaya dan mendapatkan maklumat peribadi pelanggan.

“Kami menasihatkan para pelanggan agar tidak mendedahkan maklumat peribadi seperti nama penuh, nombor kad pengenalan, alamat dan sebagainya.

“Elakkan berkongsi maklumat anda menerusi telefon, SMS, emel atau media sosial kepada mana-mana pihak yang memperkenalkan diri sebagai wakil Pos Malaysia atau syarikat-syarikat yang berkaitan.

“Ini adalah bertentangan dengan polisi syarikat kami, justeru bagi mengesan bungkusan atau penghantaran para pelanggan boleh melayari laman sesawang atau aplikasi mudah alih perkhidmatan jejak dan kesan,” ujarnya.

[PENGUMUMAN]AWAS PENIPUAN: INDIVIDU MENYAMAR SEBAGAI WAKIL POS LAJU[ANNOUNCEMENT]INDIVIDUALS IMPERSONATING POS LAJU REPRESENTATIVES

Dikirim oleh Pos Malaysia Berhad pada Sabtu, 09 Mei 2020

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments