Saturday, June 22, 2024
HomeBERITAPKPB dilanjutkan sehingga 9 Jun

PKPB dilanjutkan sehingga 9 Jun

Memetik perutusan khas Perdana Menteri Malaysia, pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang berkuatkuasa sehingga 12 Mei akan disambung sehingga 9 Jun.

Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata walaupun negara telah mencapai banyak perkembangan positif dalam usaha memerangi wabak COVID-19 namun usaha ini masih belum berjaya sepenuhnya.

“Dari segi pandangan umum juga, rata-rata rakyat mahukan kerajaan terus mengambil langkah-langkah yang wajar untuk membendung wabak ini.

“Justeru, atas nasihat Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN), PKPB akan dilanjutkan sehingga 9 Jun 2020 mengikut peraturan dan SOP yang sama,” ucap beliau pada perutusan khas petang ini.

Sementara itu, beliau memberitahu sebarang perubahan mengenai sektor yang akan dibenarkan beroperasi akan dimaklumkan dari masa ke semasa.

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments