Thursday, June 20, 2024
HomeBERITA33 kluster masih aktif, lima diisytihar tamat sepenuhnya

33 kluster masih aktif, lima diisytihar tamat sepenuhnya

Merujuk laporan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), sehingga kini terdapat 33 kluster yang masih aktif dalam negara.

Selain itu, lima kluster telah diisytihar tamat sepenuhnya termasuk yang terbaru kluster Rembau di Negeri Sembilan kelmarin.

Empat kluster lain yang turut diisytiharkan tamat ialah kluster Seksyen 6 Bandar Baru Bangi, kluster warga emas di Klang dan Petaling (pusat jagaan warga emas), kluster Bandar Baru Bangi (majlis perkahwinan) dan kluster Selayang (pasar harian).

KKM menyatakan daripada jumlah kluster terbabit, terdapat empat kluster melibatkan kakitangan kesihatan yang berpunca daripada aktiviti menghadiri majlis kenduri.

Sementara itu, siasatan dan ujian pengesanan kontak rapat kesemua kluster masih giat dijalankan dan setakat ini tiada jangkitan baru berlaku daripada wad yang menempatkan pesakit positif COVID-19

#covid19malaysia, 9 Mei 2020.Sehingga kini, terdapat 33 kluster yang masih aktif di negara ini.Siasatan dan…

Dikirim oleh KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA pada Sabtu, 09 Mei 2020

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments