Friday, July 19, 2024
HomeBERITATERKINIAnwar tak jadi saman Yusoff Rawther - Ramkarpal

Anwar tak jadi saman Yusoff Rawther – Ramkarpal

KUALA LUMPUR 27 Jan : Presiden Parti Keadilan Rakyat, PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim membatalkan hasrat untuk mengambil tindakan saman fitnah terhadap bekas penyelidiknya Muhammad Yusoff Rawther.

Perkara itu dinyatakan peguam Dato’ Seri Anwar, Ramkarpal Singh dalam satu kenyataan media sebentar tadi.

Menurut Ramkarpal, beliau telah menasihati anak guamnya supaya tidak meneruskan saman berkenaan walaupun sebelum ini beliau memberitahu telah menerima arahan daripada Dato’ Seri Anwar untuk memulakan saman fitnah itu.

Bagaimanapun kata Ramkarpal satu saman lain telah difailkan oleh setiausaha politik Anwar, Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak terhadap Yusoff Rawther Jumaat lalu.

Terdahulu Dato’ Seri Anwar dalam reaksinya terhadap keputusan PeguamCara Negara itu berkata, beliau tidak dapat memaafkan Yusoff Rawther yang telah menuduh beliau melakukan serangan seksual diluar tabii. –THE MALAYA POST

*SubscribeChannel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments