Saturday, May 25, 2024
HomeBERITAKerajaan gantung sementara Visa warga China dari Bandar Wuhan dan Wilayah Huabei

Kerajaan gantung sementara Visa warga China dari Bandar Wuhan dan Wilayah Huabei

Susulan kes jangkitan Wuhan Novel Coronavirus.

Kerajaan mengambil keputusan untuk menggantung sementara semua kemudahan imigresen kepada rakyat China dari bandar Wuhan dan wilayah Hubei di kelilingnya berkuat kuasa serta merta.

Menurut kenyataan media Pejabat Perdana Menteri semua kemudahan imigresen itu meliputi eNTRY (kemudahan tanpa visa), Visa Semasa Ketibaan, e-visa dan visa manual.

Keputusan itu dibuat setelah mengambil kira perkembangan terkini kes jangkitan 2019 Novel Coronavirus di China khususnya di wilayah Hubei tersebut dan ia berkuat kuasa serta merta.

Kemudahan imigresen ini akan diberikan semula setelah keadaan kembali normal.

Menurut kenyataan itu, Wisma Putra akan menyelaras pelaksanaan keputusan berkenaan bersama pihak kerajaan China.

Sejak timbulnya kes jangkitan koronavirus di China minggu lepas, kerajaan Malaysia telah mengikut prosedur-prosedur yang ditetapkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), jelas kenyataan itu.

Selain itu, kerajaan turut mendapat nasihat pakar-pakar untuk menghadapi dan membendung jangkitan itu daripada merebak dengan meluas.

Kerajaan juga, ingin mengingatkan kepada semua pihak agar tidak menyebarkan maklumat yang tidak sah atau palsu berkenaan koronavirus tersebut yang boleh menyebabkan ketidaktenteraman kepada masyarkat umum.

–THE MALAYA POST

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel
Untuk perkembangan berita dan isu semasa
tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments