Anwar sebut kongres “Barua” di hadapan Tun M?

0

Sama ada benar atau tidak, video berikut mengundang reaksi tidak selesa rakyat terhadap Ahli Parlimen Port Dickson, Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

Dalam petikan video ini kedengaran Dato’ Seri Anwar menyebut : “Sejak lepas Kongres Barua nampak semangat lain macam” kata Dato’ Seri Anwar kepada Tun Dr. Mahathir.

Ia kemudian disambut pula oleh Menteri Pertahanan Mat Sabu yang tidak berapa jelas apa yang diperkatakan seperti menyebelahi Dato’ Seri Anwar.

Tun Dr. Mahathir pula kelihatan tunduk seolah-olah tidak mendengari apa yang disebutkan oleh Dato’ Seri Anwar.

Video ini dirakamkan selepas selesai sidang akhbar oleh Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad siang tadi.

Terdahulu cakap-cakap umum, Dato’ Seri Anwar dikatakan kecewa kerana tidak dijemput pada peringkat awal ke Kongres Maruah Melayu yang berlangsung dengan jayanya Ahad lalu.

Dalam satu kenyataan Dato’ Seri Anwar dikatakan hanya mendapat jemputan di saat-saat akhir sahaja.

Lebih memedihkan lagi perasaannya apabila melihat kelibat Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Dato’ Seri Azmin Ali ditonjolkan di atas pentas bersama tokoh-tokoh pemimpin politik lain.

Leave a Reply