Saturday, May 25, 2024
HomeBERITAMohd Saiful dakwa peniaga pusat pelancongan Port Dickson mengeluh, mohon Anwar prihatin...

Mohd Saiful dakwa peniaga pusat pelancongan Port Dickson mengeluh, mohon Anwar prihatin masalah mereka.

PORT DICKSON : Dalam kesibukan Ahli Parlimen Port Dickson mengatur langkah sebagai Perdana Menteri ke 8, rakyat Port Dickson kini mengeluh kerana Ahli Parlimen di lihat tidak prihatin masalah mereka terutama para peniaga di pusat pelancongan.

Lebih mengecewakan pengusaha bot sukan mendakwa perniagaan mereka merudum dek monopoli syarikat tertentu.

Perkara itu dinyatakan wakil pengusaha bot sukan kepada bekas calon Ahli Parlimen PD Mohd Saiful Bukhari Azlan yang mengadakan lawatan singkat ke Port Dickson sempena genap setahun Pilihanraya Kecil Port Dickson di adakan.

“Lawat Pantai Teluk Kemang. Kebersihan memuaskan, namun pengusaha bot sukan pantai mengeluh peniagaan mereka merudum. Bukan tiada pelancong, tetapi untuk market pelancong asing terutama dari China, ia di monopoli 2-3 syarikat bangsa lain”

“Mereka kata kalau dapat Travel Agen bagi mereka 30% dari pelancong yang berbas-bas setiap hari itu pun dah bersyukur. Ini bila dah tak cukup bot baru cari mereka. Ibarat melukut di tepi gantang”, katanya.

Terdahulu, menurut Mohd Saiful, beliau singgah ke Port Dickson dengan tempat pertama yang beliau lawat adalah di Masjid Abdullah Sidang untuk solat Asar siang tadi.

“Dalam perjalanan ke selatan atas urusan kerja, singgah di Port Dickson sebentar. Pada waktu ini, setahun yang lalu, saya sedang berkempen utk PRK Port Dickson. Masjid ini adalah tempat pertama saya lawat sebelum saya mulakan kempen PRK Port Dickson”

“Alhamdulillah, dengan izin Allah, dapat juga saya kembali ke sini, solat Asar bersama penduduk. Imam nya pun masih sama. Sekarang on the way melawat kawasan sekitar, untuk bertemu semula beberapa pengundi saya. Tumpang lalu ya PM Tepi”, katanya.

Selepas Solat Asar, Mohd Saiful turut sempat bertemu dengan pencadangnya semasa hari pencalonan tempohari di Gerai Pisang Goreng Batu 9 Port Dickson.

“Minum petang di Gerai Pisang Goreng Batu 9 Port Dickson bersama pencadang saya semasa PRK Port Dickson. Terima kasih Sjn(B) kerana sudi berjumpa. Semoga silaturrahim kita kekal”, katanya.

Selain itu, keluhan jualan tidak seberapa turut didengari daripada peniaga gerai kecil tempatan di sekitar Pantai Teluk Kemang.

“Lawat gerai-gerai peniaga tempatan di Teluk Kemang, sambil itu beli buah tangan T-Shirt Port Dickson untuk anak-anak. Peniaga mengeluh jualan tak seberapa. Bagi sesiapa yang ke Port Dickson, jangan lupa support, beli buah tangan di gerai-gerai ini ye”, katanya lagi.

Setakat ini dakwa penduduk, kelibat Dato’ Seri Anwar hanya kerap dilihat di kaca televisyen sahaja berbanding di kawasan.

“Kepada Ahli Parlimen Port Dickson Anwar Ibrahim, pegawai yang jaga kawasan, mohon ambil perhatian. Selesai dulu isu-isu peniaga di Port Dickson ini sebelum nak cerita tentang melonjakkan ekonomi negara bila dah jadi PM.

“Sekian dari saya untuk ziarah singkat ini, perlu meneruskan perjalanan untuk tugas di selatan. Semoga kita berjumpa lagi orang-orang Port Dickson”, demikian kata penutup Mohd Saiful di facebook beliau.

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments