Friday, July 26, 2024
HomeBERITAAnak hidap masalah ‘delayed in communication', isteri Doktor Say Shazril tekad berhenti...

Anak hidap masalah ‘delayed in communication’, isteri Doktor Say Shazril tekad berhenti kerja

Keputusan untuk berhenti kerja bukanlah suatu tindakan mudah.

Tambahan pula ianya dalam sektor pekerjaan profesional yang menuntut peringkat kelulusan akademik tertentu.

Pengorbanan masa, tenaga dan wang ringgit dalam usaha menuntut ilmu demi kerjaya dan mencapai impian sungguh tiada nilai harganya.

Namun, itulah keputusan yang terpaksa diambil oleh Doktor Azura, isteri kepada pengacara rancangan televisyen ‘Tanya Doktor’, Doktor Say Shazril.

Menerusi perkongsian di laman media sosial Instagram peribadinya, Doktor Say menyatakan isterinya mengambil keputusan sedemikian demi memberi lebih tumpuan kepada anak lelaki mereka yang disahkan hidap masalah ‘delayed in communication’.
Rawatan susulan yang perlu dijalankan dan tuntutan lebih perhatian kepada anaknya membuatkan Doktor Azura nekad meninggalkan kerjayanya.

Pasti bukan mudah buat ibu muda ini. Namun, sokongan suami pada saat genting begini sangat penting.

Selain dari menasihati agar tidak terus menyalahkan diri sendiri, Doktor Say turut memberi keyakinan kepada isteri agar tidak gusar tentang pendapatan yang mungkin terjejas.

“Duit boleh cari, tapi ketenangan hati dan mental tak mudah diganti,” ujar Doktor Say.

Ada benarnya kata-kata Doktor itu. Anak membesar dengan cepat. Jika perjalanan tumbesarannya terganggu dan memerlukan lebih tumpuan ibu bapa, eloklah salah seorang berkorban demi masa depan anak.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata pengikut menyokong tindakan Doktor Azura walaupun ada yang tidak bersetuju.

Malah, para peminat doktor muda ini turut memuji kerana sangat memahami dan menyokong kuat isterinya.

Semoga segala urusan pasangan suami isteri ini dipermudahkan dan anak tersayang berjaya dalam rawatan pemulihannya.

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

 

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments