Tuesday, June 18, 2024
HomeBERITAAktiviti menarik di Kem Motivasi dan Rekreasi Gua Gendang

Aktiviti menarik di Kem Motivasi dan Rekreasi Gua Gendang

Daerah Hulu Perak terletak di timur laut negeri Perak bersebelahan dengan Kelantan di timur, manakala di utara pula daerah Baling, Kedah.

Di selatan pula ialah Kuala Kangsar dan Hulu Perak bersempadan dengan Betong, Thailand di Pengkalan Hulu.

Jika di Pengkalan Hulu, ia bersempadan dengan Thailand dan lokasi tumpuan orang ramai membeli-belah di kedua-dua belah sempadan.

Masyarakat di sini bebas untuk keluar masuk ke Betong dan juga ke Baling.

Dah sampai di Pengkalan Hulu yang merupakan sebahagian daerah Hulu Perak, wajiblah ke Gua Gendang berlokasi kira-kira enam kilometer dari pekan Pengkalan Hulu, Perak.

Disini terdapat dua gua batu kapur antaranya Gua Gendang dan Gua Itik.

Kedua-dua destinasi ini antara aset pelancongan popular di negeri Perak yang kini giat mempromosikan melancong dalam negeri untuk menggamit kehadiran pelancong terutama bagi mereka yang suka aktiviti mencabar, sekali gus membuka lebih banyak peluang perniagaan khususnya di Pengkalan Hulu.

Hari ini, Gua Gendang juga di kenali sebagai Kompleks Pelancongan Gua Gendang yang dibangunkan pada tahun 1994 dan kerap menjadi pilihan peserta dari pelbagai bidang untuk sebagai tentatif kursus motivasi mahupun rekreasi.

Selain itu ia juga menawarkan pelbagai aktiviti yang menarik seperti kembara merentas hutan, menerokai gua dan sebagainya.

Menariknya, Gua Gendang yang dipanggil juga gua utama adalah satu penemuan yang unik kerana ia belum ‘terusik’ dan terletak di dalam kawasan semulajadi yang sangat menarik serta dikelilingi kehijauan juga keaslian hutan tropika.

Tiada sebarang pembangunan dilakukan dan tiada laluan khas dibina untuk kemudahan pengunjung, seperti lampu yang dipasang pada dinding gua dan ini antara keunikan Guan Gendangyang berada dalam kelas yang tersendiri.

Setiap lokasi semulajadi sudah pasti mempunyai penceritaan sejarah masing-masing.

Begitu juga dengan Gua Gendang yang dilaporkan pernah diguna sebagai lokasi persembunyian pengganas komunis pada zaman darurat kira-kira 50 tahun yang lalu.

Kompleks Pelancongan dan Rekreasi Gua Gendang pula dibangunkan oleh Majlis Daerah Pengkalan Hulu sebagai tempat penginapan dalam usaha mewujudkan suasana sebuah perkampungan yang penuh kedamaian.

Apa yang lebih mengkagumkan adalah kewujudan sebatang sungai yang mengalir di bawah gua, kira-kira 100 meter dari Kem Rekreasi Gua Gendang, menyerlahkan keajaiban ciptaan Tuhan.

Deruan air yang mengalir jauh di bawah gua menambahkan lagi suasana damai, paling sesuai untuk mereka yang sentiasa sibuk bekerja di kota yang mahukan kelainan menenangkan minda dan merehatkan fikiran.

Port ni mungkin ramai yang tak tahu, di mana pegawai-pegawai tinggi kerajaan wajib merasai pengalaman meredah sungai di dalam gua separas pinggang apabila air tinggi sebagai kriteria kenaikan pangkat.

Kepada anda Yang berminat dan ingin melihat sendiri keunikan gua batu kapur ini boleh juga datang bersama kawan-kawan, kaum keluarga mahupun secara kumpulan dan secara tidak langsung anda boleh menghadiri kursus motivasi dan rekreasi yang dianjurkan.

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments