Saturday, May 18, 2024
HomeBERITAAmmar Alfian kesal isteri turut percaya khabar angin video lucah mengaitkan dirinya

Ammar Alfian kesal isteri turut percaya khabar angin video lucah mengaitkan dirinya

Baru-baru ini tular di laman media sosial pelakon yang sering membawa watak antagonis, Ammar Alfian dikaitkan dengan video lucah yang sedang hangat diperkatakan.

Ammar Alfian atau Ammar Alfian Aziz Mohd Zikri menafikan perbuatan seks sejenis seperti di dalam video berkenaan malah Ammar turut kesal kerana dirinya sering difitnah dan dikaitkan dengan perkara negatif.

View this post on Instagram

It should be a crime.

A post shared by Ammar Alfian (@ammar_alfian) on

Tambah Ammar, jika diperhatikan corak tatoo, warna kulit serta jambang yang dimiliki oleh si empunya diri didalam video berkenaan, sesiapa sahaja boleh mengaitkan dengan dirinya namun Ammar menafikan perkara berkenaan malah Ammar mempunyai bukti dan kebenarannya.

Apa yang lebih menyedihkan apabila isterinya, Nelissa mempercayai khabar angin berkenaan sehinggakan dia melarang Ammar untuk berjumpa dengan anak mereka, Kyro Shakur.

Namun dalam satu sidang media, perkara yang terjadi menyebabkan dia berfikir mungkin dia tidak layak untuk bersama dengan mana-mana wanita malah dia sudah pun mendapatkan sesi kaunseling, cuba mengawal kemarahan dan juga bertemu psikiatri.

Dalam satu perkongsian entri di laman Instagramnya, Ammar turut menulis bahawa Tuhan mengetahui kesengsaraan para pengikutNya malah Dia yang memberi dan menerima kerana Dia mahu hambaNya terus mengingatiNya. –THE MALAYA POST

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments