Saturday, May 25, 2024
HomeBERITAPenularan wabak COVID-19, selebriti Korea Selatan hulur bantuan

Penularan wabak COVID-19, selebriti Korea Selatan hulur bantuan

Barisan selebriti Korea Selatan menghulurkan sumbangan berikutan penularan wabak COVID-19 yang melanda seluruh dunia.

Pelakon, Son Ye-jin dan Rapper, Suga menghulurkan bantuan ke kampung halamannya, Daegu untuk usaha membantu wabak yang sedang tular kini.

Ye Jin, 38 menyampaikan sumbangan itu kepada ‘Daegu Social Welfare Community Fund’ sebanyak 100 juta won.

Manakala, anggota kumpulan BTS, Suga mendermakan lebih dari 100 juta won untuk diagihkan ke daerah-daerah yang dijangkiti.

Lee Ji-eun atau lebih dikenali IU telah menyumbangkan 100 juta won kepada badan amal ‘Good Neighbours’ dan 100 juta won kepada ‘Korea Medical Association’.

Penyanyi dan pelakon ini turut memberi bantuan seperti pakaian perlindungan khas dan topeng muka untuk kakitangan perubatan yang sedang berusaha merawat wabak ini.

Selain itu, pasangan selebriti iaitu Kim Woo-bin dan Shin Min-ah masing-masing mendermakan 100 juta won kepada ‘Seoul Social Welfare Fundraiser’.

Sumbangan itu akan digunakan untuk membeli peralatan perubatan, topeng muka serta sanitizer untuk diberikan secara percuma kepada orang ramai.

View this post on Instagram

MICHAA🧥@michaachannel

A post shared by Shinmina (@illusomina) on

Pelakon, Gong Yoo dan Suzy juga menyumbangkan 100 juta won kepada ‘Korea Disaster Relief Association’ sebagai bantuan untuk kes-kes COVID-19 bagi pencegahan dan penyebarannya.

View this post on Instagram

Good night! #LouisVuitton @louisvuitton

A post shared by GONG YOO / 공유 (@officialgongyoo) on

Antara barisan selebriti lain yang turut prihatin dan memberikan sumbangan untuk mencegah penyebaran virus dan membantu masyarakat yang memerlukan termasuklah Lee Byung-hun, Yoo Jae-Seok, Park Seo-Joon, dan Lee Young-ae.

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments