Friday, May 31, 2024
HomePOLITIKTun M dakwa ada 114 MP sokong, akan menghadap Agong esok

Tun M dakwa ada 114 MP sokong, akan menghadap Agong esok

Susulan kenyataan media berkenaan pelantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri Ke-8.

Perdana Menteri Interim, Tun Dr. Mahathir Mohamad menjelaskan sebagai pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), beliau bersama lima lagi Ahli Parlimen PPBM tidak bersama-sama menyokong pelantikan Tan Sri Muhyiddin.

Kata Tun Dr. Mahathir, ini menjadikan jumlah sokongan BERSATU seperti yang dipersembahkan oleh Tan Sri Muhyiddin kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong adalah tidak tepat.

“Saya ingin jelaskan sebagai pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), beliau bersama lima lagi Ahli Parlimen PPBM tidak bersama-sama menyokong pelantikan Tan Sri Muhyiddin.

“Ini menjadikan jumlah sokongan BERSATU seperti yang dipersembahkan oleh Tan Sri Muhyiddin kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong adalah tidak tepat”, jelas Tun Dr. Mahathir dalam satu kenyataan medianya.

Enam orang Ahli Parlimen Bersatu yang telah menandatangani akuan berkanun yang tidak menyokong Tan Sri Muhyiddin seperti berikut.

1. YAB Tun Dr Mahathir bin Mohamad (Ahli Parlimen Langkawi P:004)
2. YAB Datuk Seri Utama Mukhriz Mahathir (Ahli Parlimen Jerlun P:005)
3. YB Syed Saddiq Syed Abdul Rahman (Ahli Parlimen Muar P:146)
4. YB Dato Ir. Amiruddin Hamzah (Ahli Parlimen Kubang Pasu P:006)
5. V. YB Mazlee bin Malik (Ahli Parlimen Simpang Renggam P:151)
6. YB Eddin Syazlee Shith (Ahli Parlimen Kuala Pilah P:129)

Tambah Tun Dr. Mahathir, kesemua jumlah ahli-ahli Parlimen yang menyokong beliau sebagai Perdana Menteri ke-8 di dalam bentuk Akuan Berkanun.

Dan juga surat-surat rasmi dari Ketua-ketua Parti akan dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong esok.

Tegas Perdana Menteri Interim, buat masa ini Tun Dr. Mahathir telah mendapat sejumlah 114 Ahli-Ahli Parlimen yang menyokong beliau sebagai Perdana Menteri ke-8.

Mereka ialah seperti lampiran.

“Saya telah menyediakan surat untuk dihantar kepada DYMM Yang di-Pertuan Agong yang menerangkan kedudukan perkara ini serta sokongan 114 Ahli-Ahli Parlimen yang diberikan kepada saya.

“Saya berharap pihak Tuanku DYMM Yang di-Pertuan Agong akan menerima surat dan penjelasan saya”, jelas Tun Dr. Mahathir dalam satu kenyataan medianya malam ini.

Kenyataan Media Dr Mahathir bin Mohamad

Dikirim oleh Dr. Mahathir bin Mohamad pada Sabtu, 29 Februari 2020

–THE MALAYA POST

*SubscribeChannel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments