Tuesday, June 18, 2024
HomeBERITAAmbil kesempatan dan tidak bertanggungjawab! Hand Sanitiser hospital dicuri

Ambil kesempatan dan tidak bertanggungjawab! Hand Sanitiser hospital dicuri

“Sanitiser kami HILANG lagi!”

Demikian luahan yang diungkapkan oleh Dr Mahyuddin Mohamed di laman Twitternya baru baru ini.

Dr Mahyuddin yang bertugas sebagai doktor Ortopedik di Hospital Sultan Ahmad Shah turut memuatnaik foto hand sanitizer yang telah diikat dengan “cable” dan kemudiannya hilang diambil individu yang tidak bertanggungjawab!

“Saya marah dan kecewa. Hand sanitiser yang dah diikat dengan cable wire pun boleh hilang. Bukan main cantik lagi perangai anda ye” tulis beliau.

https://twitter.com/DrMahyuddin/status/1242471812526559232?s=20

Menurutnya, “hand sanitiser” sangat penting buat mereka di hospital kerana mereka perlu menggunakan “hand sanitiser” setiap kali melihat pesakit dan bergerak dari satu katil ke satu katil pesakit seterusnya.

Mereka juga mengamalkan “5 Moments of Hand Hygiene” bagi meminimakan risiko tersebarnya jangkitan antara pesakit dan jika “hand sanitiser” tiada, bagaimana hendak merawat pesakit dengan selamat dan cepat?

“Kami tau anda risau dengan COVID19. Kami pun risau juga. Tapi mengambil sanitiser hospital bukan caranya. Anda boleh sahaja basuh tangan dengan sabun selama paling minima 20 saat” tulisnya lagi.

“Anda bayangkan, jika kami ada 30 pesakit di wad dan 6 doktor yang hendak menunggu giliran membasuh tangan setiap kali bergerak dari satu katil ke katil anda tahu berapa lama kami akan habiskan rondaan wad kami?” ujarnya.

Kepada pesakit, pelawat atau pun kakitangan hospital sendiri, jangan ambil harta kerajaan!

Dengan tindakan tidak bertanggungjawab ini akan menyusahkan banyak pihak!

Bantu mereka untuk bantu anda.

“Hand Sanitiser” pun mahu curi ke???

– THE MALAYA POST

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments