Tuesday, July 16, 2024
HomeBERITACOVID-19 : Kes kematian ke-17 direkodkan dalam negara

COVID-19 : Kes kematian ke-17 direkodkan dalam negara

Satu lagi pertambahan kes kematian berkaitan COVID-19 yang telah dilaporkan kepada Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan hari ini (25 Mac)

Rekod terbaharu ini menjadikan jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia sebanyak 17 orang setakat ini.

Kes kematian ke-17 (kes ke-1251) merupakan seorang warganegara Malaysia berusia 66 tahun dengan latarbelakang beberapa penyakit kronik.

Pesakit telah mula menunjukkan gejala seminggu sebelum dimasukkan ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar pada 20 Mac 2020 dan keadaan kritikal semasa tiba di Jabatan Kecemasan dan seterusnya memerlukan bantuan pernafasan pada hari yang sama.

Pesakit disahkan positif COVID-19 pada 21 Mac dan kesihatan merosot hari demi hari serta disahkan meninggal dunia pada 25 Mac jam 4.10 pagi.

Punca jangkitan COVID-19 masih dalam siasatan.

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments