Tuesday, July 16, 2024
HomeBERITATerus membantu...Ustaz Ebit Liew sumbang kemudahan “shower portable” pula

Terus membantu…Ustaz Ebit Liew sumbang kemudahan “shower portable” pula

Keprihatinan Ustaz Ebit Lew harus dipuji apabila beliau sedaya upaya berusaha melengkapkan kemudahan yang diperlukan petugas kesihatan yang bertungkus lumus menyelamatkan nyawa pesakit yang dijangkiti COVID-18.

Beliau sekali lago menyumbang kemudahan yang diperlukan untuk kegunaan pihak hospital yang masih bekerja tanpa henti demi menjaga kesihatan orang awam.

Menurut perkongsiannya di laman Instagram, sepanjang malam beliau terfikir untuk mencari dan menyediakan “shower portable” di atas permintaan hospital.

Namun nasib menyebelahi dirinya kerana akhirnya beliau telah dapat menyewa “shower portable” dari sebuah syarikat, dan beliau bertindak menyewa dua “shower portable” untuk disumbangkan kepada Hospital Putrajaya.

View this post on Instagram

Sepanjang malam semalam fikir nak cari shower portable atas permintaan hospital. Cari-cari. Last-last saya dapat sewa dari sebuah syarikat, rasa amat bersyukur dapat sewa 2 Shower Portable ke Hospital Putrajaya. Kasihan kawan-kawan petugas di hospital nak mandi sebelum balik rumah setelah bekerja ada sampai 16jam. Kasihan mereka. Kadang risau musim covid 19 ni. Nak menangis tengok mereka semua dah terlalu penat. Benar-benar terlalu penat. Serius mereka penat. Mereka pohon beri kata semangat. Ya Allah tuhanku . Ya Allah bantulah mereka semua ya Allah. Berilah semangat dan kekuatan dalam jiwa mereka dalam jihad ini. Sembuhkan semua pesakit. Jagakanlah keluarga petugas dan keluarga pesakit. Selamatkan kami semua seluruh dunia-ebitlew PertubuhanKasihUmatMalaysia CIMB 8603546376

A post shared by Ebit Lew (@ebitlew) on

“Kasihan kawan-kawan petugas di hospital nak mandi sebelum balik rumah setelah bekerja ada sampai 16jam. Kasihan mereka. Kadang risau musim COVID-19 ni. Nak menangis tengok mereka semua dah terlalu penat. Benar-benar terlalu penat. Serius mereka penat. Mereka pohon beri kata semangat. Ya Allah tuhanku” tulisnya.

Semoga para petugas barisan hadapan terus bersemangat dan cekal untuk menyelamatkan nyawa semua pesakit.

– THE MALAYA POST

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments