Monday, May 13, 2024
HomeBERITAAgong berkenan tinjau keadaan lalu-lintas pada sebelah malam, fasa 3 PKP

Agong berkenan tinjau keadaan lalu-lintas pada sebelah malam, fasa 3 PKP

Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan meninjau keadaan lalu-lintas pada sebelah malam semasa fasa 3 Perintah Kawalan Pergerakan, PKP di sekitar Kuala Lumpur malam tadi.

Memetik kenyataan media yang dimuatnaik di laman facebook Istana Negara, Seri Paduka Baginda menzahirkan sokongan atas usaha kerajaan meneruskan fasa 3 PKP dan berharap rakyat dapat terus memberi keutamaan kepada penjagaan kesihatan diri dan terus berada di rumah bagi membendung wabak Covid-19.

Baginda turut menzahirkan rasa berpuas hati apabila rakyat memberi kerjasama yang baik mematuhi PKP fasa 3 yang dilaksanakan pihak kerajaan.

Baginda berdoa semoga penularan wabak ini berjaya ditangani dan diakhiri dgn segera.

16 April 2020 – KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong berkenan meninjau keadaan lalu-lintas pada sebelah malam…

Dikirim oleh Istana Negara pada Kamis, 16 April 2020

Daulat Tuanku 🙏🙏

–THE MALAYA POST

*SubscribeChannel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments