Tuesday, May 21, 2024
HomeBERITAIndustri pembinaan yang dibenarkan beroperasi perlu kurangkan pekerja tahap paling minima

Industri pembinaan yang dibenarkan beroperasi perlu kurangkan pekerja tahap paling minima

Kerajaan memutuskan industri pembinaan yang dibenarkan beroperasi sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) perlu mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh Kementerian Kerja Raya (KKR) dan Construction Industry Development Board (CIDB).

Dalam syarat terbabit syarikat perlu mengurangkan bilangan pekerja kepada tahap paling minima atau tidak melebihi 50 peratus daripada jumlah semasa yang diperlukan.

Selain itu, syarikat perlu menyediakan pengangkutan bagi pergerakan pekerja dengan mengamalkan penjarakkan sosial dan kenderaan yang digunakan perlu dinyah cemar kuman sebelum dan selepas digunakan.

Sekiranya syarikat menyediakan kemudahan Centralised Labour Quarter (CLQ) untuk pekerja, pihak syarikat perlu memastikan ianya mematuhi Garis Panduan CLQ dan penginapan pekerja binaan semasa PKP yang dikeluarkan oleh CIBD atau mana-mana agensi yang berkaitan.

Dalam masa yang sama, syarikat dikehendaki memberikan kerjasama sepenuhnya kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam melaksanakan “contact tracing” pekerja yang telah dijangkiti COVID-19.

Siaran Media – Keperluan membenarkan sektor-sektor ekonomi tambahan beroperasi1. Dalam usaha menangani penularan wabak…

Dikirim oleh Azmin Ali pada Kamis, 16 April 2020

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments